Monday, May 31, 2010

Syukur Pada Tuhan


Alhamdulillah..

Saya ingin berkongsi perasaan syukur saya..dan gembira bersama kawan-kawan...Meniti fasa hidup yang baru ini banyak mengajar saya sedikit - demi sedikit.Apabila merasai satu kehidupan baru didalam rahim ku.ini .terasa mahu menangis...kerana nikmat yang diberi oleh Allah kepada ku.

Dengan harapan dan doa..setiap hari memohon amanah yang sedang membesar di dalam perut ku kini sentiasa sihat..Betullah kata orang ..kita akan sentiasa belajar dari ibu yang mencorakkan kita. Kini diri ku sentiasa cuba memperbaiki dan mempelajari cara didikan ibu padaku ..semangat..ketabahan..disiplin yang ada pada ibu ku akan sentiasa ku abadikan di dalam hati ini..InsyaAllah..

Praktikal nya memang payah..rutin ibuku yang sentiasa bangun awal dinihari menyiapkan persiapan anak2..sentiasa di ingatan ..mampukah aku..hurmm akan ku cuba..yang terbaik..cuma dari segi masakan masih lagi bertatih saban petang..balik saja dari kerja..mesti telefon ibu utk bertanyakan resepi..hehehe..xpe yang penting ibu kata..belajar...

Alhamdulillah sekali lagi..syukur pada segala nikmat dan razeki yang diberikanNYA...

Ku bermohon agar hati ini sentiasa tabah..dan tidak lari dari mengingatiMu..saat waktu..Amin..

1 comment: