berikan daku jalan itu..



Assalamualaikum..

Hanya kesabaran sahaja membalut hati ini..apa yang perlu kita lakukan jika kita terasa dipinggirkan dalam pekerjaan ? jauh di sudut hati,,ingin bekerja dengan ikhlas,tekun, namun apakah jalan yang perlu di ambil jika tiada lorong - lorong kecil sebagai pilihan..Ya Allah sesungguhnya Ujian Mu...membuat aku lebih banyak berfikir dan cuba meningkatkan kesabaran ku..tanpa dorongan dari suami,renungan mata anak yang polos dan comel..dorongan dari kecekalan kakak yang berkongsi bidang yang sama membuat kan hati ini kembali tenang selepas perasaan ini mula berkocak apabila bertalu - talu sindiran dilayangkan kepada aku ibarat pedang tajam menghiris setiap keping hati ku ..


Setiap hari ku panjatkan doa agar..aku dapat melakukan ibadah dan pekerjaan dengan tenang tanpa lalai..Ujian yang melanda ini pedih..sakit yang tidak kelihatan namun ia juga ibarat api yang membakar kaca semakin di bakar semakin kuat ...ya..betul..Allah sayangkan kita..dengan ujian ini ..air mata yang menitis membuatkan ingatan ku kepada Pencipta alam ini semakin kuat..Ya Allah ampunilah aku sekiranya aku lalai dalam pekerjaan ku....Ya Allah ujian ini hanya kecil jika di bandingkan dengan ujian para nabi dan mujahidin..kuatkan lah hati..dan iman ku supaya aku dapat berhadapan dengan setiap masalah dalam pekerjaan ku..berilah daku petunjuk Ya Allah.......

Aku percaya kesabaran akan membawa kemanisan di penghujung jalan nanti..

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management