Hai awak cikgu ke ? Satu soalan menerpa terhadap ku, apa? Polis? eh xmacam Polis pun,...antara dialog yang sentiasa di lontar kepadaku, begitu juga di satu mesyuarat..." Hai ct, my wife asked me about you, how come your ladies officer, to soft...." itulah pertanyaan dari ketua ku satu ketika dahulu lebih kurang 6 tahun yang lepas, eh akak polis eh ? serious tak nampak polis lansung.... Petang td, ... Maaf saya nak tegur, Puan tak boleh macam ni, Puan pegawai, puan harus nampak tegas, tolong jangan panggil pegawai bawahan sebagai kak..kakak..atau sebagainya..Puan ni , lembut sangat,semua dah ok..yang tu jea.. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada ku, aku tahu , cara ku ini membuatkan mereka tidak sedap mata..dan tidak suka, sepatutnya aku mesti,tegas, command and control.. Namun, ini sifatku, persis seperti cikgu, ramai yang berkata begitu..aku menjadi keliru, satu ketika dahulu..ketika dipertikaikan 3 tahun dahulu,namun bila mencari diri sendiri dalam diri sendiri aku terfikir, kenapa aku harus mengikut acuan orang, kenapa aku tidak tegas, mengikut, naluri dan cara ku yang aku selesa.. Adakah ini cemuhan ? Adakah ini teguran ? Adakah ini sebagai pesan seorang sahabat? Adakah ini sebagai amaran ? Adakah berperwatakan lembut adalah salah ? Adalah aku kini keliru ? Pelbagai persoalan menerjah, air mata ku kembali bergenang dan menitis...tika sujud aku berdoa, aku tahu semua ini rahsiah Allah ..Allah tahu kenapa aku ditempatkan di dalam pekerjaan ini.. Pinta ku ..Ya Allah, biarlah apa kata - kata mereka, pintaku , agar aku dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja di dalam pekerjaan ini, biarlah aku guna kelembutan ini sebagai medium dakwah ke jalan Mu... Tabahkanlah aku menghadapi .. setiap persepsi mereka... Aku tidak tahu aku akan menitis air mataku .. apabila dipersoalkan begini, namun semakin air mata ini mengalir semakin hati ini meminta.. Ya Allah istiqomahkanlah niatku Ya Allah.....tetapkan pendirian ku Ya Allah.. Bagi ku , Nabi Muhhammad S.A.W sebagai seorang yang lembut budi pekertinya..tetap sebagai pemimpin Ummah...Kalimah Bismillah itu sendiri begitu menyuruh kita mengingati Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah... ini lah PRINSIP ku....PEGANGANKU...

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management