Daawah..bagaima harus aku mulakan...

Assalamualaikum.. Sudah lama aku tidak mencoret disini,aku baru sahaja selesai balik dari latihan menembak tahunan,alhamdulillah selesai latihan walaupun tidak dapat markah yang tinggi,tak mengapa untuk ilmu. Sepanjang perjalanan aku berbual dengan sahabat ku yang beragama lain... Pelbagai topik dibual akhirnya, masuk ke topik pemilihan agama untuk dianuti anaknya..hal ini kerana mereka berkahwin campur, maka bagaimana agama yang dianuti anaknya, die kelihatan sedih kerana tidak tahu pilihan mana harus dipilih..mahu menjaga hati kedua pihak demi anak tersayang.. Aku.. Mendengar..namun didalam hati, hanya mampu berdoa kepada Allah..semoga dengan kemelut itu sahabat ku dapat menemui jalan yang baik..jalan Hakiki..jalan kembali..dalam hati aku hanya mampu berdoa..hanya Allah yang memberi hidayah..itu semua rahsia Allah.. Tika ini,,rasa mahu menangis..apakah usaha ku..apakah daawah ku..bagaimana?hanya doa dipinta dihati dan mendengar luahannya.. Teringat kisah para nabi kita pada zaman dahulu yang kuat berdaa'wah..begitu..lemahnya aku..Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua..dan membaiki diri supaya dapat membantu orang lain.. Dakwah adalah salah satu kewajiban bagi mereka yang berkemampuan dari kalangan mulim dan muslimah. Dengan dakwah, Islam terus ditegakkan dan berdiri kukuh dalam masyarakat. Dakwah di atas jalan Allah dengan prinsip-prinsip yang benar adalah merupakan sebesar-besar bentuk ketaatan kepada Allah Ta'ala, sehingga Allah sendiri menyebutkan bahawa sebaik-baik perkataan seorang hamba adalah yang mengajak kepada jalan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management