Posts

Showing posts from May, 2013

Visi kami ♡

Image
Alhamdulillah aku berasa sangat gembira pagi ni,bukanlah sesuatu yang besar pun namun usaha yang ditunjukkan oleh staff seliaan ku membuatkan aku terharu. Di setiap mesyuarat aku sentiasa cuba menyuntik sesuatu yang boleh dilakukan walaupun perkara kecil. Enteng sahaja namun ia memberi makna.Mesyuarat kami berlansung seperti biasa dan dimulakan dengan Bacaan Yaasin diakhiri  dengan jamuan ringkas potluck. Baru baru ini aku mewujudkan visi. setelah kami mempunyai logo sendiri,baju korporat sendiri kini aku wujudkan visi. Bukan apa,sebab belum ada dan aku mahu semangat tidak pudar. Aku menyerahkan tugasan pada izzuan staff seliaan ku. Ya puas hati sangat kreatif dan menarik. Pada org lain mungkin usaha ini kecil ya lah hanya seksyen kecil pun. Namun kreativiti usaha yang ditonjolkan itu satu kejayaan yang bagus kerana dapat memberi impak persekitaran yang semangat. Harap usaha ku ini dapat memberi persekitaran kerja yang bersih,semangat komited dan  gembira bekerja disini.   visi kami  

Kandungan ke dua

Alhamdulillah kini kandungan ku sudah menjangkau 4 bulan tiba masanya aku mencoret kembali perasaan dan harapan seperti mana aku kongsikan kisah mengandungkan umar disini. Alhamdulillah..

Kisah hati mama Umar Rayyan pergi School

Image
22 mei 2013   sudah lama tidak mengupdate diari mama ini, umar telah pon berusia 2 tahun   7 bulan, pelbagai perangai dan perkembangan umar yang mahu mama coretkan namun terlalu banyak jadi hari ni mama nak cerita mengenai perkembangan umar di tempat baru. Pengasuh umar iaitu mama murni telah kehilangan suaminya, maka umar tiada pengasuh selama seminggu. Mama dan abah telah membuat keputusan menghantar Umar Rayyan ke Montessori Uia bersebelahan dengan   rumah kita sahaja, sebenarnya mama berniat untuk menghantar umar ke sana apabila genap 4 tahun. Maka mengambil kesempatan ini mama menghantar ke situ sebagai tempoh percubaan. Maafkan mama sekiranya terlalu awal menghantar Umar untuk bergaul dengan rakan- rakan yang telah berusia 4 hingga 6 tahun yang sudah cukup berdikari. Umar dengan Usia 2 tahun 7 Bulan bagaikan baby lagi masih bersuap, memakai pempers, dan minum susu,.namun mama dan abah cekalkan hati untuk memberi umar sebuah pengalaman 4 hari berada di sekolah . umar cek

Perjalanan Hikmah

Image
Today is 22 Mei 2013 terlalu lama tidak menulis namun hari ini aku menulis kembali menceritakan kisah di tempat kerjaku, aku menangis pagi ini pada jam 0349 pagi mengenangkan kepedihan 6 tahun bertahan di tempat kerja ku, pengalaman pahit dan manis datang menerjah di fikiran ku . kenapa aku terfikir untuk menulis semula, ianya kerana petang semalam di majlis kesyukuran pejabat, pegawai turus ku memberitahu berita bahawa aku akan di tukarkan ke bahagian jabatan lain yang ada relation dengan bidang ku . 6 tahun aku di situ aku semakin sayang kan kumpulan kerja ku, kami bergerak sebagai kumpulan keluarga, pahit manis berkongsi bersama, saat ini aku menangis kerana sekiranya betul lah apa yang disampaikan, aku menangis kerana aku tidak mahu ditangisi, aku tidak suka perpisahan yang ditangisi. Sungguh aku dapat merasakan ukhuwah antara kumpulan kerja ku yang semakin erat, aku tahu mereka juga sudah menerima aku sebahagian daripada mereka, dan tempat luahan hati mereka, Ya..aku san