Perjalanan Hikmah





Today is 22 Mei 2013 terlalu lama tidak menulis namun hari ini aku menulis kembali menceritakan kisah di tempat kerjaku, aku menangis pagi ini pada jam 0349 pagi mengenangkan kepedihan 6 tahun bertahan di tempat kerja ku, pengalaman pahit dan manis datang menerjah di fikiran ku . kenapa aku terfikir untuk menulis semula, ianya kerana petang semalam di majlis kesyukuran pejabat, pegawai turus ku memberitahu berita bahawa aku akan di tukarkan ke bahagian jabatan lain yang ada relation dengan bidang ku . 6 tahun aku di situ aku semakin sayang kan kumpulan kerja ku, kami bergerak sebagai kumpulan keluarga, pahit manis berkongsi bersama, saat ini aku menangis kerana sekiranya betul lah apa yang disampaikan, aku menangis kerana aku tidak mahu ditangisi, aku tidak suka perpisahan yang ditangisi. Sungguh aku dapat merasakan ukhuwah antara kumpulan kerja ku yang semakin erat, aku tahu mereka juga sudah menerima aku sebahagian daripada mereka, dan tempat luahan hati mereka, Ya..aku sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah anugerahkan ini. Semaian Ukhuwah yang aku inginkan. Aku menganggap ini adalah perjalanan hikmah yang Allah hadiahkan. Perjalanan  pahit dan pedih di awalnya namun semakin akhir perjalanan aku disini kemanisan yang semakin terasa, Semoga ukhuwah kami, semangat kami, Allah kekalkan dan tidak akan putus sampai bila- bila,terima kasih yaAllah memberi pengalaman yang sangat berharga. Sememangnya kepedihan aku simpan ini satu kemanisan rupanya. Perjalanan baru tidak ku ketahui bila, namun aku harus hadapinya,. Kepada kumpulan kerja ku, kekalkan semangat, corak kerja, bersatu padu dan kerja dengan ikhlas. Biar apa orang pandang dan fikir, kerja yang sedikit tetapi ikhlas di sulami ukhuwah yang baik antara satu sama lain itulah kemanisan kerja, pejabat seperti rumah sendiri.Bersedialah menghadapi hari mendatang dengan tenang dan semangat. Aku melepaskan nafas lega setelah mencoret kembali..luahan hati 6 tahun di sini.Doakan perjalanan hikmah ku untuk perjalanan mendatang.. Amin. Tepat 4pg coretan ini.


Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

English essay