Monday, May 5, 2014

Siti Hajar nama diberi

Siti Hajar nama diberi
nama mu persis Srikandi
Isteri mulia pilihan nabi
Apakah benar  ia berlari lari
Ya dengan berlari lahirnya tempat suci
Membawa ummah hingga ke hari ini
Duhai kakak ku Siti Hajar yang berlari
Larian  jerih mu jangan diratapi
Tekadkan niat untuk ilmu hakiki
Siti hajar nama diberi
Memang nama membawa diri
Untuk mencari sesuatu yang Pasti
Demi keluarga dan juga generasi
Adikmu Fatimah sentiasa disisi
Mendoa agar perjalanan mu Allah redhai

2 comments:

  1. Allahuakhbar....sungguh syahdu... ♡♡♡

    ReplyDelete
  2. Gyah.
    Idea tercetus dalam kereta...hehe gyah ingat dak dulu hang dan kak suka cipta puisi english

    ReplyDelete