Posts

Showing posts from August, 2016

UJIAN BUAT DIRI KU APR 2016

Image
 UJIAN BUAT KU..... Rutin aku setiap hari memerlukan aku memberi sesuatu input kepada bos, dan juga taklimat global yang dibantu oleh pegawai seliaan ku, namun sebagai ketua,aku turut perlu tahu mengenai input global, yang mana aku turut perlu mencari bahan tersebut di waktu pagi sebelum ke pejabat. Pada masa yang sama aku perlu membuat   laporan tertentu sebelum jam 4 petang. Entah kenapa, aku berasa berat, dan keliru, terasa seakan masa menghambat diri ku setiap hari, kerana, aku perlu memerah otak untuk mencari input dalam masa yang diberikan Kehidupan mula menjadi medan larian setiap hari...seperti memasuki maze.. dimana aku perlu berlari mencari jalan – jalan yang buntu. Penat.... Aku penat kerana aku tidak memahami jalan ‘maze’ itu, aku penat kerana aku tidak bersedia memasuki ‘medan larian’....itu. Kesihatan pada awalnya, bulan demi bulan, aku diserang panick attack..... Kemudian, minggu demi minggu....dan akhirnya berlaku setiap hari........................