Thursday, November 3, 2016

ruang liku kehidupan ...


Rutin aku setiap hari memerlukan aku memberi sesuatu input kepada bos, dan juga taklimat global yang dibantu oleh pegawai seliaan ku, namun sebagai ketua,aku turut perlu tahu mengenai input global, yang mana aku turut perlu mencari bahan tersebut di waktu pagi sebelum ke pejabat. Pada masa yang sama aku perlu membuat  laporan tertentu sebelum jam 4 petang. Entah kenapa, aku berasa berat, dan keliru, terasa seakan masa menghambat diri ku setiap hari, kerana, aku perlu memerah otak untuk mencari input dalam masa yang diberikan Kehidupan mula menjadi medan larian setiap hari...seperti memasuki maze.. dimana aku perlu berlari mencari jalan – jalan yang buntu.
Penat....
Aku penat kerana aku tidak memahami jalan ‘maze’ itu, aku penat kerana aku tidak bersedia memasuki ‘medan larian’....itu.
Kesihatan pada awalnya, bulan demi bulan, aku diserang panick attack.....
Kemudian, minggu demi minggu....dan akhirnya berlaku setiap hari.........................
SAKIT.....
Aku mula mencari Dimana keamanan dan kedamaian serta kegembiraan..tatkala..masuk medan larian yang dipenuhi jalan buntu, disusuli ancaman kesihatan pada badan sendiri....terasa seperti aku semakin takut dengan bayang – bayang ku sendiri

Aku mahu sihat,,,,aku mahu menjadi pelari yang baik..di dalam ‘maze’ itu...
YA ALLAH....ujian ini telah menunjukkan betapa kerdilnya aku sebagai hambamu, aku belum diberi ancaman dari musuh – musuh ALLAH, disakiti, dizalimi....aku hanya....takut dengan ‘ketakutan ayng aku cipta sendiri’ di dalam medan larian ‘maze’ itu.........aku sedar aku perlu kuat dengan sifat positif..
SYUKUR
Betapa pentingnya syukur dalam kehidupan...kerana keresahan itu akan pergi,..dan ketakutan tidak akan datang...
JAHIL
Ya ALLAH....ujian ini menemukan aku dengan zikir....ujian ini menemukan aku dengan matsurat ......
POSITIF
Aku positif mahu sembuh, aku positif aku boleh melakukan larian ku dimedan ini, aku perlu lebih persediaan......semoga aku mampu melakukannya..dan segalanya ikhlas kerana ALLAH.

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI................AKU YAKIN ENGKAU SENTIASA BERSAMAKU..












4 nov 2016

Aku membuat coretan lagi, apa yang aku fikirkan adalah pengurusan masa dalam keterbatasan waktu, sebagai seorang ibu dan wanita bekerjaya. Rutin keluar seawal subuh dan balik seawal maghrib.perjalanan yang memakan masa selama sejam dalam jarakk 28 km.sesampainya aku di rumah,.aku cuba manfaatkan waktu yang ada bersama anak anak....membaca buku cerita, bersama sebelum tidur, menonton cartoon, meminta umar menemaniku di waktu malam sewaktu aku menyiapkan baju mereka untuk esok hari, dan juga mengemas sedikit ruang rumah, kesempatan itu aku meminta umar membaca surah yang telah dihafalnya.Umar anak yang baik walau kadangkala garang pada adiknya, Umar anak genius mama...itu panggilanku padanya, manakala Aliff anak manja mama dan pendampingku...Rafiqin mama,,,, Setiap hari aku berdoa agar ada perkara yang mendidik anak-anak. Aku sentiasa mencari ilham dan ilmu dalam mendidik anak-anak...aku mengaku kelemahanku yang jarang memasak dan kdgkala lambat memberi susu anak kala diminta dek kepenatan, jauh disudut hati aku positif dan aku yakin aku harus kuat seperti Srikandi Wanita seperi Saidatina Siti Hajar...atau Saidatina Fatimah a.s. Diruang pekerjaan aku cuba menjadi pekerja yang baik, walau kadangkala aku susah menepati waktu rehat, namun aku membayarnya kembali dengan menyiap kerja hingga ke jam 6. Aku juga sekarang cuba membantu sesiapa sahaja yang sedang dalam proses menyiapkan thesis. Aku teruja untuk membantu. Pada masa yang sama aku menerima kunjungan rakan ke bilik, boleh dikatakan setiap hari ada yang menemuiku untuk bertanyakan apa-apa sahaja. Dan yang paling aku terharu, pelawaan rakan ku untuk sama membantu rakan yang ingin memasuki ISLAM. Rezeki aku rasakan kerana, aku suka dan teruja untuk membantu, aku rindu AL QURAN, aku rindukan usrah, aku rindukan dakwah...aku ingin mencintai daawah, aku ingin mendalami erti persaudaraan dalam islam...aku mahu meningkatkan diri untuk memburu kemanisan iman....

Amin......

No comments:

Post a Comment