Posts

Showing posts from April, 2017

Anakku Umar

Bismillahirohmanirohim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Refleksi daripada soalan Umar,mengilhamkan diri ini untuk mencari jawapan kepada soalan –soalan daripada anakku Umar. Kelihatan soalan dan   omelannya ringkas namun, ianya membawa seribu persoalan yang bukan mudah untuk dijawab kepada anak kecil dan bagaimana untuk mengaitkannya dengan fakta sains yang pastinya mempunyai hubung kait rapat dengan keagungan ciptaan ALLAH s.w.t. Tatkala aku mengambilnya di taska,Umar seronok dan sambil ketawa Umar katakan Mama badan kita ni penuh dengan sainskan mama...dalam badan kita ada sains kan? Aku menjawab Ye...dalam otak cepat fikir, memanglah dalam badan kita ni ada sains iaitu bermulanya sel yang kecil   membentuk menjadi sistem yang membolehkan badan berfungsi...( nasib ingat lagi pelajaran biologi...) tapi tak tahu mcm mana nak menjawab, kenapa Umar cakap macam tu? Sebab magik mama... Magik apa? Aku pelik, Umar lantas menjawab ..sebab magik aliff