Posts

Showing posts from November, 2017

Solat di masjidil Haram

Image
Pada Hari pertama kami selesai melaksanakan tawaf atau umrah wajib,  kemudian kami melaksanakan maghrib dan isyak... Hasrat dihati ingin solat berhadapan Kaabah Alhamdulillah...Dari celahan tiang aku dapat melihat Kaabah.. tersergam indah dibawah cahaya lampu. 

Umrah tawaf

Image
Kami selesai berniat di Miqat selepas 15 minit dari Bir Ali, perjalanan  ke Kota Mekah menaiki bas. Sampai sahaja di Hilton Mekah,  saat itu perasaan teruja berdebar debar, dihati.  Aku merenung setiap inci senibina di kota Mekah ini menghirup udara kota suci ini... Tak dapat digambarkan... Getar debaran yang ada,  kerana tahu Kaabah  sangat hampir disini... Anak anak keletihan turun dari bas,  melepek masing masing di katil hadapan hotel. Pekerja hotel  di situ,  pesan jangan angkat beg, biarkan bersusun,  selesai dapat nombor bilik dia angkat semua beg. Geng wanita satu bilik,  geng lelaki ditempatkan dibilik berhadapan kami.  Cepat  cepat kami   bersiap untuk turun menuju Kaabah.  Aku cepat cepat  menukar pakaian ihram yang berwarna putih.  Turun sahaja di lobi,  mutawwif memberi penerangan kepada semua jemaah.  Dan kami bergerak berkumpulan.  Pandangan pertama kami adalah Masjidilharam,  dalam hening pagi,  redup angin pg,  langkah diteruskan, kewangian Kaabah semakin hampir.. Je

Penerbangan pertamaku ke Madinah

Image
Saat ini kapal bergoyang kerana melalui hujan dan awan,  aku kaget seketika, namun cuba membuang perasaan takut tu jauh jauh.... Aku makan Glico untuk hilangkan resah.. Aku pandang wajah anak anak kecil.... Aliff, Umar,  sarah dan Daniyal... Mana yang berdekatan ku...   Penerbangan kami MH8210 11 Nov 2017 KUL -MED  departure  jam 1300 petang.  Saat ini kapal terbang masih lagi ke arah menaik dan belum mencapai tahap kestabilan lagi.... Akhirnya.... Alhamdulillah.. Sekarang sudah pukul 1703 waktu Malaysia,  keadaan semakin stabil dari cuaca yang tidak berapa baik.  Hati ini hanya terus berdoa meminta kemudahan dari Allah s. w. t.... Anak anak asyik dengan boboy.mereka tidak tahu apa apa hanya seronok. Bestkan jadi budak.   Aliff tidor agak lama tadi,  dan hanya menjamah kacang,  dia tidak mahu nasi.Suami memanggilku.... Sayang lagi 8 jam... Dia tahu aku sedikit gusar. Aku ingin isi masa ku dengan memikirkan doa yang dikirimkan Ayu - zuriat Ummi-doa cemerlang pelajaran Mak bapak-k

Umrah 2017 Ucapan

Image
Doa dibaca Rasulullah S. A. W ketika bermusafir Ya Allah,  kami memohon agar musafir kami ini penuh kebajikan dan taqwa, sedang semua amalan kami Engkau Redha. Ya Allah,  permudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami.  Ya Allah!  Engkau teman di dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan keluarga,  harta benda,  anak cucu dan sahabat handai,  peliharalah kami dari gangguan perjalanan dan buruk pandangan terhadap harta,  keluarga dan anak - anak.  Dengan ini,  saya dan suami memohon diampunkan segala kesalahan dan kesilapan kami dari sahabat semua yang mengenali kami,  agar perjalanan ibadah ini diberkati dan dirahmati.  Kami akan berangkat ke Tanah suci Mekah, pada hari ini,  Insyaa Allah,  untuk menunaikan umrah buat pertama  kalinya dalam kehidupan kami bersama keluarga besar kami, ibu dan bapa serta anak -anak. Doakan lah kami,  doakan lah kami semoga diberkati dan dilindungi.  Amin YRA.

Ikhlas pengikat silaturahim Road to Mekah 2017

Image
Plain,  dull,  hard to ☺  smile and why. I get angry with umar just now depan orang, depan mak sedara dan sepupu lain aku marah umar sebab tak behave... Am i wrong.  ? Aku cuba mendisiplin kan umar supaya behave. Aku menegur cara lembut dia tak dengar jadi aku bertegas.   What should i do?  how to discipline Umar?  Bila dia bercampur dengan sepupu... Dia lupa bila bercampur... Dia lupa tertib yang perlu... Iye.... Dia kanak kanak.... Aku seperti meragut... Kegembiraan Umar... Td... Maafkan Mama... Namun jika mama membiarkan... Org lain tidak selesa... Dan mama seperti tidak bertanggungjawab menjaga tingkah laku anak sendiri.  Cuma aku harus beristigfar dan berbual dengan lebih banyak dengan Umar supaya dia memdengar kataku... Aku akan cuba bersabar... mama nak anak anak mama tahu adab itu sahaja... Okaylah,  cerita pasal perjalanan ke Hotel Sama Sama tadi adalah ihsan rakan sekerja  11 tahun yang lalu yg menyediakan  2 Van  untuk kami sekeluarga.  Aku hanya cuba cuba sahaja tanpa

Impian Ku buat ibu dan bapak

Image
Mak.. Bapak... Tanpa iringan doa kalian aku tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini dalam menggapai impianku.  Redup pandangan mata bapa kelihatan terpaku melihat kakak dan aku berpakaian uniform sewaktu kami sedang bersiap untuk mengambil foto kenangan adik ketiga kami berpakaian konvo nya.  Aku perasan... Pandangan yang polos itu,  dalam hati ku... Gembira.. Kerna dapat melihat wajah syukur dan bangga bapak.  Tekaan ku tepat.  Berkali kali bapak meminta gambar uniform kami berdua di hantar ke aplikasi whatsApp nya. Hari itu berlalu dengan gembira,  melihat bapak dan mak menjamu selera di restoran Arab dan cendol durian, aku tahu mereka gembira dalam syukur.  Anak anak ada bersama kesemuanya.... Saat mereka mahu pulang,  mak menyerahkan duit dalam genggaman ku.  Aku pandang mak..... Aku cakap mak..  Tp setakat itu sahaja... Aku tak dapat berkata untuk menolak kerna sememangnya aku tiada wang.  Mak seraya berkata.. Mak sedekah.... Polos wajah mak,  ikhlas suaranya.  .hatiku meruntu