Penerbangan pertamaku ke Madinah

Saat ini kapal bergoyang kerana melalui hujan dan awan,  aku kaget seketika, namun cuba membuang perasaan takut tu jauh jauh.... Aku makan Glico untuk hilangkan resah.. Aku pandang wajah anak anak kecil.... Aliff, Umar,  sarah dan Daniyal... Mana yang berdekatan ku...  
Penerbangan kami MH8210 11 Nov 2017 KUL -MED  departure  jam 1300 petang.  Saat ini kapal terbang masih lagi ke arah menaik dan belum mencapai tahap kestabilan lagi....

Akhirnya.... Alhamdulillah..

Sekarang sudah pukul 1703 waktu Malaysia,  keadaan semakin stabil dari cuaca yang tidak berapa baik.  Hati ini hanya terus berdoa meminta kemudahan dari Allah s. w. t.... Anak anak asyik dengan boboy.mereka tidak tahu apa apa hanya seronok. Bestkan jadi budak.   Aliff tidor agak lama tadi,  dan hanya menjamah kacang,  dia tidak mahu nasi.Suami memanggilku.... Sayang lagi 8 jam... Dia tahu aku sedikit gusar.

Aku ingin isi masa ku dengan memikirkan doa yang dikirimkan

Ayu - zuriat
Ummi-doa cemerlang pelajaran
Mak bapak-kirim salam pada nabi Mihammad s. A. W dan doakan kesembuhan mak.
Jiran - sama
Tn azmi -kesembuhan pada anaknya
Cikgu Ida - minta doakan dipermudahkan urusan
Kak-diberi kemurahan rezki
Sha-diberi bayi perempuan
Zaidah-diberi kemurahan rezki
Cyril-doa sampai ke mekah
Pt - doakan suami su berubah
Su-doakan jauh dari fitnah
Muhaimin doa utk zuriat
Warga e5-doakan rahmat dari AllahNichel-doakan diberikan  hidayah dan imanLekir-doa dimurahkan reKiCik mail-order pohon doa ke mekah

Acik-PTD

Pakteh-isteei dapat ptd

Hadi-cemerlang kehidupan

Pakteh kot - doakan tuklang dan family

Kakhas-doa kan utk kyrAnis-doaka.n yg baik baik

Aku -
1.Doakan kedua org tua suamiku diberi rahmat  Allah dunia akhirat

2.doakan dimurahkan rezeki zuriat dan kesihatan serta kebahagiaan rumah tangga

3.Anak anak yang soleh.  cemerlang pelajaran rohani dan ukhrowi

4. Doakan suami berjaya dalam PHD

5.Doakan dpt bawa mak dan bapak ke mekah

6.Doa ampunkan segala dosaku

Okeylah nak baca buku umrah sat...selesai membaca buku umrah,  kami sambung makan,  dan menonton tv... Atau tidor,  Aliff berak,  jadi abahlah kena basuh.  Dua tiga kali ke tandas,  im use to it... Okaylah selesa jea.  Jam aku dah pukul 9 mlm.. Patut aku mengantuk. Oklah nak rest tidor kejap.  Simpan tenaga untuk kejap lagi.  Selepas naik bas,  aku mahu tukarkan pakaian ihramku.. Pakaian putih.. Dan tukar yang dalam juga baru bersih.  Dan suci. 

Anak anak pun dah tukar baju t shirt dari berjubah tadi. Lebih selesa katanya.....

Sampai sahaja di Madinah nanti,  kami akan naik bas ke Mekah.  Perjalanan yang menarik untuk dihayati. 

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

English essay