Visi kami ♡

Alhamdulillah aku berasa sangat gembira pagi ni,bukanlah sesuatu yang besar pun namun usaha yang ditunjukkan oleh staff seliaan ku membuatkan aku terharu. Di setiap mesyuarat aku sentiasa cuba menyuntik sesuatu yang boleh dilakukan walaupun perkara kecil. Enteng sahaja namun ia memberi makna.Mesyuarat kami berlansung seperti biasa dan dimulakan dengan Bacaan Yaasin diakhiri  dengan jamuan ringkas potluck. Baru baru ini aku mewujudkan visi. setelah kami mempunyai logo sendiri,baju korporat sendiri kini aku wujudkan visi. Bukan apa,sebab belum ada dan aku mahu semangat tidak pudar. Aku menyerahkan tugasan pada izzuan staff seliaan ku. Ya puas hati sangat kreatif dan menarik. Pada org lain mungkin usaha ini kecil ya lah hanya seksyen kecil pun. Namun kreativiti usaha yang ditonjolkan itu satu kejayaan yang bagus kerana dapat memberi impak persekitaran yang semangat. Harap usaha ku ini dapat memberi persekitaran kerja yang bersih,semangat komited dan  gembira bekerja disini.   visi kami
 "TINGKATKAN KERJASAMA DAN KOMITMEN UNTUK MEMBENTUK KUMPULAN KERJA CEMERLANG"
 Dari bilik pejabat aku dapat dilihat visi ini ditampal di ruang masuk pejabat. semoga melangkah sahaja masuk mereka melangkah dengan semangat yang tinggi Amin

Comments

Popular posts from this blog

English..i am sad! really! but not give up!

burnout

Time Management