burnout
http://www.mylivesignature.com/signatures/54491/335/FD18C00D57F5045A5E2192E993B637AF.png
aku mahu menulis semula setelah agak lama aku menunggu masa untuk aku mencoret segala isi hati ku…
tika ini aku membuka lagu asma Allah dari nyanyian sami yusuf,kerana inilah lagu yang menemani aku menulis sejak 2009.sungguh , aku tidak mempunyai tajuk, atau rangka, aku hanya menaip sahaja apa yang terbit dari fikiranku dan benakku.
lelah..
aku berasa penat,bukan sahaja pada fizikal ku tetapi juga lelah pada emosi ku.
sejak kebelakangan ini, aku perlu menyiapkan tugasan yang terlalu banyak melebihi. kapasiti kemampuanku.aku keliru memikirkan sepatutnya bos memahami aku mempunyai komitmen kerja yang sangat penat saban minggu.
aku bersabar memikirkan tanggungjawab dan amanah ku kepada kerja,kulakukan sebaik mungkin,sehinggalah pada hari yang aku tidak tertanggung lagi, aku menangis semahu mahunya dihadapan suamiku selepas menghantar anak bersama ke taska.
tergamam..
suami tidak tergamam…dia tahu isterinya lelah, fizikal dan mental …katanya menangislah sayang sepuasnya jangan disimpan lagi, jangan tahan …keluarkan semua…aku terus menangis teresak esak seperti kanak kanak yang kehilangan barang mainan kegemaran…aku pun tidak tahu kenapa aku jadi begitu..
sebaik, penat menangis, aku rasa lebih ringan dari sebelum ini, aku cuba tenangkan fikiran dan cuba menerima,situasi kini ada lah ujian buat diriku. aku cuba memujuk hatiku dengan menghitung banyaknya nikmat yang allah curahkan kepadaku…aku semakin kuat selepas menangis sekuat hati…ibarat awan mendung berlalu pergi dan langit semakin terang dan diriku semakin kuat untuk menempuh gelombang ombak yang tinggi menghempas ke muka ku lagi…ku yakin ku mampu mengharungi ombak yang sedang mara ke hadapan ku.
aku cuba…
aku berjanji pada diri ku, untuk terus mencuba sebaik mungkin dan sedaya mampu ku dalam menjalankan tanggungjawabku. aku sedar bahawa, pencaturan semakin tidak adil buatku, namun aku tenang, kerana aku memikirkan bahawa Allah itu maha menguasai dan Allah itu tempat segala makhluk bergantung kepadanya. Allah please make me strong…make me never give up to do good deeds…to others makes me sincere makes me be a better muslimah.
oh Allah please show me the way,….to keep husnuzon, strong and moving to achieve many more knowledges and helps others in needed.
fatimah,
never scare to new journey again,
be prepared…
be bold..
be ready..
all the sweet memories here will remain in your heart
and the most important is at every journey that you will have…..
embrace it with calm …and keep moving….with positive mindsets
insyaa allah..
end.
Comments
Post a Comment