Ziarah sg buloh

26 jun 2014

Hari perpindahan dari kl ke sg buloh. Setelah selesai segala proses mengangkut barang oada jam 12 tgh.Kami membersihkan lantai rumah dan menyusun perabot2 yang ada di ruang famili tingkat atas.Selesai zohor kedua dua terlelap  kepenatan hinggalah mendapat mesej dari bapaku. Mereka sampai di hentian Rawang Selatan. Aku dan suami bergegas mengambil mereka di sana.Malam itu kami membeli makanan di restoran berdekatan petronas sebagai makan malam.Selesai membungkus makanan dan menyerah kepada achik untuk dihidang.Kami bergegas ke kl untuk mengambil kedua dua putera kami..
Umar gembira chaq membelikan motor control kepadanya...terima kasih chaq..
27 Jun 2014
Pagi pagi bangun membeli roti canai untuk sarapan beramai ramai...sambil mak mengeluarkan buah tangan dari Perlis.Antaranya belacan, mempelam,kuih bangkit,kuih beras goreng,periuk periuk untuk kakakku dan acar kegemaran kami. Tatkala tengahari aku membeli juadah tengahari di restoran berdekatan TM sambil membeli peralatan tambahan rumah yang dipesan mak. Tengahari itu masing masing kenyang dengan acar buatan mak kerna sangat lazat.  Pada malam pula kami menikmati pizza.

28 Jun 2014

Awal pagi membawa mak dan bapak bershopping!!barang barang kenduri untuk esoknya.Adik adik lambat bangun jadi tinggal hehe..kami semua menikmati sarapan di Anggoi Cafe. Kembali dari kedai bermulalah sedi mengemas sekali lagi. Dan petang kami sekeluarga meronda tesco.Apalagi shopping kasut baru! Pulang dari tesco kami tinggalkan mak dengan Alif dan bapa. Yang lain ke kl mengemas utk kali terakhir rumah kenangan ku.

29 Jun 2014

Awal pagi sekali lagi ke pasaraya membeli persiapan akhir untuk kenduri.Pagi itu kami bersarapan nasi goreng air tangan mak..marvellous!. Alhamdulillah bihun siap digoreng sebaik selepas maghrib.Selepas Isya' imam dan 3 rakan datang untuk membaca Yaasin. Alhamdulillah sekali lagi kakakku sempat sampai ke rumah sebelum habis bacaan Yaasin.Syukur sangat yang dirancang berjalan lancar.

30 Jun 2014

Pagi itu kami bersarapan bihun semalam dan kek yang belum habis. Suamiku sudah mula bekerja. Jadi aku dan adik beradik yang lain hanya bersantai dan bersembang di bilik atas. Hehe kami rehat biar kakakku menolong mak yang sentiasa sibuk di dapur. Hehehe petang itu kakak ke kelas sampai jam 9mlm.Menunggu kakak habiskan kelas kemudian kami ke kajang untuk bermalam di rumah kakak pula dan menikmati  sate kajang for celebrate perpindahan kakak ke kl dan suamiku naik gred!syukur!

31 Jun 2014
Pagi  itu bersarapan nasi lemak dan kakak ke kelas.Tengahari ke kl untuk menyerah kunci rumah sewaku.Selesai kami terus pulang ke Sg Buloh dan mkn tengahari di  Anggoi Cafe Sg buloh.Mlm itu.. Aku menyediakan makaroni goreng untuk mkn mlm.

1 Jun 2014
Hari yg sedih sebab keluargaku pulang ke perlis!Sayonara!

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management