Ikhlas pengikat silaturahim Road to Mekah 2017

Plain,  dull,  hard to ☺  smile and why. I get angry with umar just now depan orang, depan mak sedara dan sepupu lain aku marah umar sebab tak behave... Am i wrong.  ? Aku cuba mendisiplin kan umar supaya behave. Aku menegur cara lembut

dia tak dengar jadi aku bertegas.  

What should i do?  how to discipline Umar?  Bila dia bercampur dengan sepupu... Dia lupa bila bercampur... Dia lupa tertib yang perlu... Iye.... Dia kanak kanak.... Aku seperti meragut... Kegembiraan Umar... Td...

Maafkan Mama... Namun jika mama membiarkan... Org lain tidak selesa... Dan mama seperti tidak bertanggungjawab menjaga tingkah laku anak sendiri. 
Cuma aku harus beristigfar dan berbual dengan lebih banyak dengan Umar supaya dia memdengar kataku... Aku akan cuba bersabar... mama nak anak anak mama tahu adab itu sahaja...

Okaylah,  cerita pasal perjalanan ke Hotel Sama Sama tadi adalah ihsan rakan sekerja  11 tahun yang lalu yg menyediakan  2 Van  untuk kami sekeluarga.  Aku hanya cuba cuba sahaja tanpa disangka Allah membantu memudahkan penyediaan Van dan perjalanan. Terima Kasih kepada pemandu yang membawa kami.. Sinar ikhlas dalam ukhuwah terpancar dan terpahat dihati ini. Sedekah ku kepada mereka hanya kecil,  itu sahaja yang mampu... Jauh disudut hati,  aku berdoa semoga Allah memurahkan  rezeki mereka begitu juga,  pegawai mereka merangkap sahabat di tempat kerja lama ku yang membantu pergerakan kami pada hari ini.  Puan Shah Rinaa dan Puan Zazleen.  

Anak anaklah paling gembira menaiki van kerana jarang jarang dapat naik van sebesar ini. Van sampai saja,  terus dibukanya pintu dan masuk duduk bersama driver uncle Faizal yang petah bercakap utagha.  Uncle Mazwan pula membawa bagasi bagasi kami.  Perjalanan dimulakan...... Bismillahirohmanirohim... 

Sebaik Asar,  Kami sampai di hotel sama sama,  disambut pemandangan indah suasana Hotel. Kelihatan mewah hotel ini,  aku kaget,  ya Allah aku bersyukur  dengan nikmatmu,  kerdilnya aku,  aku hanya menumpang rezeki mereka, aku tidak mampu untuk menginap di hotel seumpama ini.  Engkau murahkanlah rezeki kepada keluarga mentuaku.  Engkau limpahkanlah kebaikan dan rahmatMu kepada mereka. Aku insan biasa,  tiada apa apa,  hanya menumpang kemewahan rezeki yang Engkau limpahkan kepada keluarga suamiku. Aku hanya berdoa agar aku juga dapat diberi peluang menyediakan kesenangan seperti ini kepada keluarga ku pada suatu hari yang diizinkan Allah s. W. T.  Aku juga berdoa dijauhkan sikap lupa diri dan sombong kepada nikmat yang diberikan. Syukur semuanya lancar dan kami seronok meneroka keadaan hotel dengan menaiki buggy yang disediakan.  Anak anak lah yang paling menikmati suasana disini. Sampai makcik Buggy suka melihat keletah aktif mereka bertujuh. 

Kami meneruskan dinner kami dan balik dengan buggy yang disediakan. Suami sempat berlatih memakai ihram. Malam tu anak anak kena disiplin untuk tidor lebih awal. 

Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management