Umrah tawaf

Kami selesai berniat di Miqat selepas 15 minit dari Bir Ali, perjalanan  ke Kota Mekah menaiki bas. Sampai sahaja di Hilton Mekah,  saat itu perasaan teruja berdebar debar, dihati.  Aku merenung setiap inci senibina di kota Mekah ini menghirup udara kota suci ini... Tak dapat digambarkan... Getar debaran yang ada,  kerana tahu Kaabah  sangat hampir disini... Anak anak keletihan turun dari bas,  melepek masing masing di katil hadapan hotel. Pekerja hotel  di situ,  pesan jangan angkat beg, biarkan bersusun,  selesai dapat nombor bilik dia angkat semua beg.

Geng wanita satu bilik,  geng lelaki ditempatkan dibilik berhadapan kami.  Cepat  cepat kami   bersiap untuk turun menuju Kaabah.  Aku cepat cepat  menukar pakaian ihram yang berwarna putih. 

Turun sahaja di lobi,  mutawwif memberi penerangan kepada semua jemaah.  Dan kami bergerak berkumpulan.  Pandangan pertama kami adalah Masjidilharam,  dalam hening pagi,  redup angin pg,  langkah diteruskan, kewangian Kaabah semakin hampir.. Jemaah terus berzikir menghayun langkah... Aku dengan Yana serta Kak Zas saling berpegangan dan berdoa semoga tawaf. Dapat kami jalankan dengan baik.... Aku merenung setiap yang ada dihadapanku... Kaabah... Tersergam indah.... Subhanallah walhamduliiillah walailahaillaalah walah hu akbar...  Manusia dari pelbagai negara... Aku hirup udara dalam dalam....wangi.. Sepanjang tawaf... Aku berzikir.. Menghayati,  setiap detik.. Yang ada...dan berdoa..... Sesekali aku terdengar suara suamiku dibelakang ku... Kemudia hilang.... Aku bersama ipar terus teguh bersama semasa tawaf syukur bermula 0345 selesai 0535 dan bertahalul Kisah kami bersaie dan bertahalul agak lucu tp alhamdulillah selesai dengan baik.. Dengan izin Allah s. W. T


Comments

Popular posts from this blog

burnout

English..i am sad! really! but not give up!

Time Management