Kisah hati mama Umar Rayyan pergi School
22 mei 2013 sudah
lama tidak mengupdate diari mama ini, umar telah pon berusia 2 tahun 7 bulan, pelbagai perangai dan perkembangan
umar yang mahu mama coretkan namun terlalu banyak jadi hari ni mama nak cerita
mengenai perkembangan umar di tempat baru. Pengasuh umar iaitu mama murni telah
kehilangan suaminya, maka umar tiada pengasuh selama seminggu. Mama dan abah
telah membuat keputusan menghantar Umar Rayyan ke Montessori Uia bersebelahan
dengan rumah kita sahaja, sebenarnya
mama berniat untuk menghantar umar ke sana apabila genap 4 tahun. Maka
mengambil kesempatan ini mama menghantar ke situ sebagai tempoh percubaan.
Maafkan mama sekiranya terlalu awal menghantar Umar untuk bergaul dengan rakan-
rakan yang telah berusia 4 hingga 6 tahun yang sudah cukup berdikari. Umar
dengan Usia 2 tahun 7 Bulan bagaikan baby lagi masih bersuap, memakai pempers,
dan minum susu,.namun mama dan abah cekalkan hati untuk memberi umar sebuah
pengalaman 4 hari berada di sekolah . umar cekal mama tahu oleh itu mama yakin
dengan situasi baru umar hadapi, mama yakin dengan kecekalan dan keiistimewaan
anak mama Umar Rayyan.
Day 1. 20 mei 2013
Mama dan abah masuk keperkarangan Montessori uia, teacher
melor danbeberapa teacher menunggu di muka pintu,mama dan abah melangkah masuk
sambil memegang tangan umar, kita dibawa ke bilik visitor di sudut kanan
penjuru tadika, mama dan abah mengisi borang dan membayar seratus ringgit untuk
percubaan di Montessori selama seminggu. Waktu yang perit bagi mama sewaktu
mama mahu meninggalkan umar di situ, Umar masih lagi bayi bagi mama perlu di
situ belajar seperti kanak2 tadika, memikirkan ini Cuma percubaan dan jalan
penyelesaian umar tiada pengasuh dan mahu memberi pengalaman kepada umar untuk
masa akan datang ..mama lawan perasaan
gusar. Mama menyuruh umar menyalami tangan abah dan mama, Umar anak yang kuat
dan cekal dan tahu mama dan abah mahu meninggalkan umar, namun umar sedikit
tidak menangis hanya berdiri di bilik visitor tersenyum2 tidak mahu keluar
bercampur dengan kakak dan abang2, mama tahu umar tidak pernah bercampur ramai
orang dan bermain dengan kumpulan yang ramai, ini satu pengalaman yang baru dan
menggerunkan umar, .Saat umar berada di bilik visitor mama perlahan2
meninggalkan umar, sepanjang perjalanan ke tempat kerja mama berfikir dan
memujuk hati untuk terus cekal, mahu sahaja mama pulang mengambil umar semula,
Dalam jam 9.30 teacher melor mengahantar msg kepada mama yang umar masih
berdiri di bilik visitor tidak mahu keluar dan bercampur, sayu hati mama, bila
umar tak nak makan, memanglah anak mama bukanlah besar lagi, masih bersuap dan
minum susu, mama meminta teacher memberi susu kepada umar supaya mengatasi
perasaan takut itu, Alhamdulillah jam 10 pg teacher melor memaklumkan kepada
mama yang umar telah pun semakin ok. Syukur ya Allah !Jam 4 ptg mama datang
menngambil Umar, tatkala itu umar baru sahaja menangis kerna bangun tidor umar
dapati ramai kawan da balik jadi terasa sunyi kata penjaga tadika di situ,
Sewaktu umar menghulur tangan menyuruh mama mendukung Umar, pilu hati mama,
umar mcm menahan saja mahu pulang dari pagi td, tetapi mama yakin pengalaman
pertama memang perlu ditempuhi…pulang kerumah mama mandikan umar dan memberi
makan , mama tahu umar lapar saying, umar kembali ceria dan aktif seperti mahu
cerita pengalaman baru, antaranya menyebut nama adam,kawan baru umar, menyebut
kakak dan abang, teacher jd cheater, hahaha, dan apabila ditanya seromok tak
umar, umar menjawab seronok,Alhamdulillah Berjaya fasa pertama di tempat baru.
Day 2, 21 mei 2013 montessori uia danau kota
0730 mama menghantar umar sendiri tanpa abah kerana abah
kelewatan, tanpa disangka sewaktu melangkah masuk ke Montessori, Umar yg sedang
memegang erat tangan mama, akur mengikut arahan mama menanggalkan kasut dan
menyalami mama, Salam mama , mama nak go to work..ok umar, stay dengan
kawan..dengan adam ok, Umar akur , surprise,,happy mood splashing to my heart
sayang . selepas salam umar melangkah masuk sendiri ke dalam tadika. Mama hari
tersebut memandu keriangan. 1700 mama datang mengambil Umar, Umar sangat ceria
berlari dengan kawan di perkarangan montesori, Syukur, anak mama dah semakin
menyesuai kan diri, Balik mama memandikan umar, memberi susu dan membuat potato
wedges kegemaran umar, Teacher disitu memberitahu , umar minum susu sekali dan
tidak makan lansung. Mama tahu, tidak elok, tetapi mama faham umar sedang
seronok sampai lupa makan,Umar makan habis potato wedges mama, Alhamdulillah,
berak 2 kali tu tanda umar sihat. Mama syukur, saat ini adalah 22 mei iaitu
hari ketiga umar akan ke sekolah dan esok hari terakhir. Untuk umar menimba
pengalaman baru, kemudian umar kembali kepada pengasuhnya, mama harap umar
seronok dan membesar dengan sihat. Mama sayang umar
Day 3
Jam 0800 mama dan abah menghantar umar ke tadika, umar
kelihatan baik dan melangkah masuk seperti biasa setelah menyalami mama, mama
ke tempat kerja dengan hati yang tenang, namun jam 1000 mama mendapat mesej
dari teacher menyatakan umar menangis selepas assembly tidak mahu masuk ke
kelas, hanya berdiri di luar, sambil menangis, mama bergerak pulang untuk
mengambil umar jam 1130, samapai sahaja mama lihat umar tidor penat menangis
sedih mama, entah makan entah minum, hari ni mood umar tak okey, tak mengapa
anak ku, kan ini percubaan , mama terus memohon half day kerana untuk menjaga
umar, mama tahu bos mama mungkin tidak selesa dengan banyak cuti atau half day
mama mohon, namun mama perlu utamakan keluarga dan kerja kemudian, biarlah abah
kerja dengan baik, lagipon abah ketua keluarga perlu menjaga kerja dengan baik,
mama pula penting menjaga umar dengan baik. Allah mengetahui niat mama. Anakku
Umar Rayyan dua hari pencapaian mu baik…mama syukur, esok kita cuba lagi ye
sayang.
Day 4
Umar pagi sangat ceria dimandikan abah, setelah siap mama
dan abah pun bergegas turun bersama-sama umar menuju kereta untuk menghantar
umar, sebelum keluar umar sudah pun protes, umar taknak sekolah! Urm dalam hati
mama, ya Allah permudahkanlah hari ni. Kemudian mama memujuk Umar, takpa umar
pi school mama teman okey? Umar menjawab perlahan, hurm okey. Sampai sahaja di
kereta mama menyalami abah kerna mama akan membawa umar sendiri tanpa abah
kerna mama akan menunggu umar di school ( iium Montessori danau kota ) . Sampai sahaja disimpang jalan
antara surau Al amin dan Montessori ( school) umar. Dengan kuat umar menjerit
..umar taknak sekolah!! Mengamuk ngamuk di Carseat nyer. Dalam Hati mama, Sudah
Umar dah bertekad ni, Oklah..mama pun memujuk Umar, Taklah mama bukan nak
hantar umar p sekolah mama nak beli kueh, kita pi beli kueh karipap okey? Hurm
Okey jawab umar perlahan. Dalam hati mama juga , kagum, Umar tahu jalan ke school
nya rupanya.Sampai ke gerai kueh berhadapan kedai mama Al Malek, mama membeli
kueh karipap dan cekodok, umar menikmati sebiji karipap sampai habis di dalam
kereta dan meminum air masaknya. Mama singgah ke Shell untuk mengisi minyak,
didalam kedai Shell, Umar meminta mama membeli patung Ultraman, sebenarnya mama
paling tak suka mainan macam ni, tapi nak pujuk punya pasal, mama belikan,
kemudian mama mendapat panggilan daripada mama vanithai teman sekerja mama yang
amat prihatin, dia mencadangkan supaya mama belikan umar belon supaya umar
boleh bermain bersama kawan lain, Namun, jangan disangka umar tidak faham
perbualan kita, sampai di kedai petronas, umar melempar patung ultraman dan
menjerit taknak Man…( Ultraman) taknak bulun 9 (belon). Mama terus buntu dan
menelefon abah, Abang..umar dah tekad ni, hurm macam mana? Abah mencadangkan
yang dia akan membawa Umar ke pejabat. Mama akur, mama terus memandu pulang .
Di rumah umar meminta susu dan bantal, sebaik habis sebotol abah pun
sampai..dan kami terus bergerak keluar rumah, Abah membawa umar ke pejabat dan
mama terus ke pejabatmama tk sabar nak berkongsi cerita dengan kawan kawan mama
mengenai pengalaman mama tadi. Bagi mama, mama cuba yang terbaik untuk Umar,
mama tidak merasa rugi pun, mama Nampak umar seorang yang tekad, baguslah Umar
semoga perangai ini membawa kepada sifat pemimpin yang tegas dengan keputusan
dan tegas dengan aturan syariah. Anak ku Umar mama tahu Umar mampu membanggakan
mama satu hari nanti, seoerti mana Khalifah Umar menjadi pemimpin yang
berwibawa dan kreatif, mama pasti umar dapat menyelami sifat kepimpinan dan
ketegasan Umar R.a melindungi Islam dan mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w.
Comments
Post a Comment