Thursday, November 3, 2016

ruang liku kehidupan ...


Rutin aku setiap hari memerlukan aku memberi sesuatu input kepada bos, dan juga taklimat global yang dibantu oleh pegawai seliaan ku, namun sebagai ketua,aku turut perlu tahu mengenai input global, yang mana aku turut perlu mencari bahan tersebut di waktu pagi sebelum ke pejabat. Pada masa yang sama aku perlu membuat  laporan tertentu sebelum jam 4 petang. Entah kenapa, aku berasa berat, dan keliru, terasa seakan masa menghambat diri ku setiap hari, kerana, aku perlu memerah otak untuk mencari input dalam masa yang diberikan Kehidupan mula menjadi medan larian setiap hari...seperti memasuki maze.. dimana aku perlu berlari mencari jalan – jalan yang buntu.
Penat....
Aku penat kerana aku tidak memahami jalan ‘maze’ itu, aku penat kerana aku tidak bersedia memasuki ‘medan larian’....itu.
Kesihatan pada awalnya, bulan demi bulan, aku diserang panick attack.....
Kemudian, minggu demi minggu....dan akhirnya berlaku setiap hari.........................
SAKIT.....
Aku mula mencari Dimana keamanan dan kedamaian serta kegembiraan..tatkala..masuk medan larian yang dipenuhi jalan buntu, disusuli ancaman kesihatan pada badan sendiri....terasa seperti aku semakin takut dengan bayang – bayang ku sendiri

Aku mahu sihat,,,,aku mahu menjadi pelari yang baik..di dalam ‘maze’ itu...
YA ALLAH....ujian ini telah menunjukkan betapa kerdilnya aku sebagai hambamu, aku belum diberi ancaman dari musuh – musuh ALLAH, disakiti, dizalimi....aku hanya....takut dengan ‘ketakutan ayng aku cipta sendiri’ di dalam medan larian ‘maze’ itu.........aku sedar aku perlu kuat dengan sifat positif..
SYUKUR
Betapa pentingnya syukur dalam kehidupan...kerana keresahan itu akan pergi,..dan ketakutan tidak akan datang...
JAHIL
Ya ALLAH....ujian ini menemukan aku dengan zikir....ujian ini menemukan aku dengan matsurat ......
POSITIF
Aku positif mahu sembuh, aku positif aku boleh melakukan larian ku dimedan ini, aku perlu lebih persediaan......semoga aku mampu melakukannya..dan segalanya ikhlas kerana ALLAH.

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI................AKU YAKIN ENGKAU SENTIASA BERSAMAKU..












4 nov 2016

Aku membuat coretan lagi, apa yang aku fikirkan adalah pengurusan masa dalam keterbatasan waktu, sebagai seorang ibu dan wanita bekerjaya. Rutin keluar seawal subuh dan balik seawal maghrib.perjalanan yang memakan masa selama sejam dalam jarakk 28 km.sesampainya aku di rumah,.aku cuba manfaatkan waktu yang ada bersama anak anak....membaca buku cerita, bersama sebelum tidur, menonton cartoon, meminta umar menemaniku di waktu malam sewaktu aku menyiapkan baju mereka untuk esok hari, dan juga mengemas sedikit ruang rumah, kesempatan itu aku meminta umar membaca surah yang telah dihafalnya.Umar anak yang baik walau kadangkala garang pada adiknya, Umar anak genius mama...itu panggilanku padanya, manakala Aliff anak manja mama dan pendampingku...Rafiqin mama,,,, Setiap hari aku berdoa agar ada perkara yang mendidik anak-anak. Aku sentiasa mencari ilham dan ilmu dalam mendidik anak-anak...aku mengaku kelemahanku yang jarang memasak dan kdgkala lambat memberi susu anak kala diminta dek kepenatan, jauh disudut hati aku positif dan aku yakin aku harus kuat seperti Srikandi Wanita seperi Saidatina Siti Hajar...atau Saidatina Fatimah a.s. Diruang pekerjaan aku cuba menjadi pekerja yang baik, walau kadangkala aku susah menepati waktu rehat, namun aku membayarnya kembali dengan menyiap kerja hingga ke jam 6. Aku juga sekarang cuba membantu sesiapa sahaja yang sedang dalam proses menyiapkan thesis. Aku teruja untuk membantu. Pada masa yang sama aku menerima kunjungan rakan ke bilik, boleh dikatakan setiap hari ada yang menemuiku untuk bertanyakan apa-apa sahaja. Dan yang paling aku terharu, pelawaan rakan ku untuk sama membantu rakan yang ingin memasuki ISLAM. Rezeki aku rasakan kerana, aku suka dan teruja untuk membantu, aku rindu AL QURAN, aku rindukan usrah, aku rindukan dakwah...aku ingin mencintai daawah, aku ingin mendalami erti persaudaraan dalam islam...aku mahu meningkatkan diri untuk memburu kemanisan iman....

Amin......

Sunday, August 14, 2016

UJIAN BUAT DIRI KU APR 2016




 UJIAN BUAT KU.....


Rutin aku setiap hari memerlukan aku memberi sesuatu input kepada bos, dan juga taklimat global yang dibantu oleh pegawai seliaan ku, namun sebagai ketua,aku turut perlu tahu mengenai input global, yang mana aku turut perlu mencari bahan tersebut di waktu pagi sebelum ke pejabat. Pada masa yang sama aku perlu membuat  laporan tertentu sebelum jam 4 petang. Entah kenapa, aku berasa berat, dan keliru, terasa seakan masa menghambat diri ku setiap hari, kerana, aku perlu memerah otak untuk mencari input dalam masa yang diberikan Kehidupan mula menjadi medan larian setiap hari...seperti memasuki maze.. dimana aku perlu berlari mencari jalan – jalan yang buntu.
Penat....
Aku penat kerana aku tidak memahami jalan ‘maze’ itu, aku penat kerana aku tidak bersedia memasuki ‘medan larian’....itu.
Kesihatan pada awalnya, bulan demi bulan, aku diserang panick attack.....
Kemudian, minggu demi minggu....dan akhirnya berlaku setiap hari.........................
SAKIT.....
Aku mula mencari Dimana keamanan dan kedamaian serta kegembiraan..tatkala..masuk medan larian yang dipenuhi jalan buntu, disusuli ancaman kesihatan pada badan sendiri....terasa seperti aku semakin takut dengan bayang – bayang ku sendiri

Aku mahu sihat,,,,aku mahu menjadi pelari yang baik..di dalam ‘maze’ itu...
YA ALLAH....ujian ini telah menunjukkan betapa kerdilnya aku sebagai hambamu, aku belum diberi ancaman dari musuh – musuh ALLAH, disakiti, dizalimi....aku hanya....takut dengan ‘ketakutan yang aku cipta sendiri’ di dalam medan larian ‘maze’ itu.........aku sedar aku perlu kuat dengan sifat positif..
SYUKUR
Betapa pentingnya syukur dalam kehidupan...kerana keresahan itu akan pergi,..dan ketakutan tidak akan datang...
JAHIL
Ya ALLAH....ujian ini menemukan aku dengan zikir....ujian ini menemukan aku dengan matsurat ......
POSITIF
Aku positif mahu sembuh, aku positif aku boleh melakukan larian ku dimedan ini, aku perlu lebih persediaan......semoga aku mampu melakukannya..dan segalanya ikhlas kerana ALLAH.

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI................AKU YAKIN ENGKAU SENTIASA BERSAMAKU..

Friday, April 1, 2016

MAK cahaya yang memayungi



Nur..itu cahaya
Ya, cahaya yang menerangi, dan memayungi, keluarga, itulah ibuku tercinta, NORMA..
Mak, seorang wanita tua berusia 54 tahun, tabah,tenang, cekal dan lemah lembut perwatakannya, tidak tahu erti penat, menguruskan rumahtangganya, dan  mak amat pemurah membantu saudara yang kesusahan,
Mak, cahaya yang memayungi.....
Menyokong, setiap cita cita anak anaknya., hinggakan emak bersemangat bermusafir ke kl, demi menyokong, memecah keringat menguli, menggoreng maruku demi membantu anak anak nya yang ingin belajar berniaga..terutama anak sulungnya ‘KAKYONG’ atau Kakak panggilan mesra emak kepadanya..Resepi yang diadun bersama allahyarham Cikyah, hampir 15 tahun yang lalu, membuahkan hasil, ramai yang menyatakan maruku cikma, sedap dan lain rasanya dari rasa maruku atau lebih tepat dipanggil Murukku yang lain. Itulah resepi kasih sayang......rahsianya adalah ikhlas, dan resepi yg memberikan sentuhan kenangan persahabatan yang mendalam dan meninggalkan episod kenangan bersama sahabatnya....
Selama seminggu mak, berkampung di KL, melayan karenah cucu, dan anak anaknya..kelihatan mak gembira, dan bercita cita ingin membantu sekali lagi, dengan resepi yang ingin diterokainya, Pisang Goreng Cheese....Yg telah emak merisik rahsia resepi dari kakak gerai sebelah. The Sister’s adalah gerai kami, dan Karnival yg pertama dalam episod percubaan perniagaan kami secara berkumpulan bersama rakan kenalan. Mahaya dan saudaranya..
Sepanjang program karnival berlansung, emak sentiasa menemani ku memandu walaupun dia tahu aku tidak betah memandu sekitar Shah Alam, sepanjang bersama emak, pelbagai cerita menghiasi perbualan kami, kisah yang sentiasa emak putarkan semula adalah kisah zaman kecilnya, sememangnya mak sentiasa mengulangi episod jerih zaman kecilnya membuatkan hati aku tersentuh dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang, aku faham Emak mahu meluahkan rasa, emak mahu berbual, sebagai anak, mendengar kisahnya sudah membuatkan dia gembira..Kisah jerih mak sewaktu kecil, telah menjadikan siapa diri emak pada hari ini, dan kesabarannya itu semoga diberkati Allah, dimurahkan rezeki kesihatan dan terus menjadikan emak sebagai cahaya kami yang sentiasa menyinari dan memayungi keluarganya...
Pesan emak, jujurlah dalam meniaga, sentiasa alunkanlah ayat suci Alquran dirumah, disiplinkan anak anak,dan jaga tuturkata dan hormatilah berkata kata dengan orang yang lebih tua...Tika Malam, kaki mak lenguh, pinggang mak sakit, namun mak tidak akan tidur selagi mak melihat aku sedang melipat kain, tangan mak pantas menyiapkan lipatan baju, emak seorang yang rajin, Hari ini, adikku dan aku membawa emak bersiar dan mengisi masa kami dengan makan dan berbual di Fish Manhattan Setia City Mall, mak gembira, dan kelihatan, menikmati hidangan disamping, memberi idea idea perniagaan akan datang, seperti, ingin membantu kakak menyiapkan 100 stok maruku sekali lagi, pada masa akan datang sekiranya tempahan meningkat sekali lagi, mak juga ingin mencuba resepi pisang goreng Cheese, memesan untuk kami menambah perkakasan kuali dan tong gas untuk berniaga, di samping membeli meja lipat yang mudah diurus,Emak kelihatan bersemangat untuk berniaga,...
Pada hari ini emak turut menemaniku untuk menyelesaikan urusan ku di pejabat pos, walau masa suntuk pada hari ini, namun bagi mak, membantu anaknya adalah perkara utama, emak mengajak adikku untuk menghantar aku ke sana, sekali lagi emak mencari pakaian untuk adek bongsu kami, emak memilih dengan cermat, aku memerhati gerak geri emak..emak seorang yang amat penyayang, dan bermurah hati, sentiasa memikirkan dan mendahulukan orang lain dan juga anak anaknya. Baju yang emak belikan pada dirinya hanyalah sepasang baju yang hanya berharga 20.00.
Emak, tidak dapat aku menjadi sepertimu, seorang yang cekal lagi tabah, namun aku bersyukur aku mendapat didikanmu, kasih sayangmu, sentuhanmu dan mutiara nasihat darimu mak..
Doaku kepada emak, hanya satu iaitu kegembiraan dan ketenangan yang sentiasa menghiasi hati dan wajahnya....Ya ALLAH semoga emak sentiasa dilindungi Allah.
Coretan Kakngah.
7 mac 2016