burnout
http://www.mylivesignature.com/signatures/54491/335/FD18C00D57F5045A5E2192E993B637AF.png aku mahu menulis semula setelah agak lama aku menunggu masa untuk aku mencoret segala isi hati ku… tika ini aku membuka lagu asma Allah dari nyanyian sami yusuf,kerana inilah lagu yang menemani aku menulis sejak 2009.sungguh , aku tidak mempunyai tajuk, atau rangka, aku hanya menaip sahaja apa yang terbit dari fikiranku dan benakku. lelah.. aku berasa penat,bukan sahaja pada fizikal ku tetapi juga lelah pada emosi ku. sejak kebelakangan ini, aku perlu menyiapkan tugasan yang terlalu banyak melebihi. kapasiti kemampuanku.aku keliru memikirkan sepatutnya bos memahami aku mempunyai komitmen kerja yang sangat penat saban minggu. aku bersabar memikirkan tanggungjawab dan amanah ku kepada kerja,kulakukan sebaik mungkin,sehinggalah pada hari yang aku tidak tertanggung lagi, aku menangis semahu mahunya dihadapan suamiku selepas menghantar anak bersama ke taska. tergamam.. suami tidak tergamam…dia tahu iste...