Usrah..
Alhamdulillah..aku sangat bersyukur kerana dengan kasih sayang Allah telah mempermudahkan urusan ku untuk menghadiri usrah yang sudah lama ku nantikan...Aku juga bersyukur kerana ditunjukkan jalan oleh Allah untuk berjumpa dengan Kak Ina ( Ustazah Noraslina Jusin ) melalui laman blognya sehinggalah ke laman sosial Fb dan terwujudnya kelas pengajian muslimah...untuk berkongsi ilmu ke arah kebaikan..
Selama ini aku mengikuti laman blog Ustaz Zaharuddin untuk membaca artikel2 yang sangat berguna sebagai panduan ekonomi berlandaskan islam..dari situ aku terjumpa blog ustazah yang banyak membicarakan hal2 pembangunan keluarga berlandaskan Islam..serta panduan2 yang sangat berguna, setelah Ustazah mengeluarkan bukunya Bicaralah atas nama kasih..aku pun turut membeli supaya di masa lapang aku dapat menimba ilmu..
Daripada situ kemudiannya setelah Ustazah dan ustaz pulang ke Malaysia, ustazah bercadang mengadakan kelas pengajian muslimah...terasa sungguh bahagia kerana aku dapat menimba ilmu dengan lebih dekat..alhamdulillah..aku bersyukur sekiranya kita mencari ke arah kebaikan Allah akan menunjukkan kita jalan itu..semoga semangat ku untuk menambah ilmu ..ke arah menjadi muslimah sejati terus menyinar..Ya Allahberilah petunjuk dan hidayah kepada ku dan istiqamahkan diri ku ini..
Comments
Post a Comment