Perjalanan Hikmah
Today is 22 Mei 2013 terlalu lama tidak menulis namun hari
ini aku menulis kembali menceritakan kisah di tempat kerjaku, aku menangis pagi
ini pada jam 0349 pagi mengenangkan kepedihan 6 tahun bertahan di tempat kerja
ku, pengalaman pahit dan manis datang menerjah di fikiran ku . kenapa aku
terfikir untuk menulis semula, ianya kerana petang semalam di majlis kesyukuran
pejabat, pegawai turus ku memberitahu berita bahawa aku akan di tukarkan ke
bahagian jabatan lain yang ada relation dengan bidang ku . 6 tahun aku di situ
aku semakin sayang kan kumpulan kerja ku, kami bergerak sebagai kumpulan
keluarga, pahit manis berkongsi bersama, saat ini aku menangis kerana sekiranya
betul lah apa yang disampaikan, aku menangis kerana aku tidak mahu ditangisi,
aku tidak suka perpisahan yang ditangisi. Sungguh aku dapat merasakan ukhuwah
antara kumpulan kerja ku yang semakin erat, aku tahu mereka juga sudah menerima
aku sebahagian daripada mereka, dan tempat luahan hati mereka, Ya..aku sangat
bersyukur dengan nikmat yang Allah anugerahkan ini. Semaian Ukhuwah yang aku
inginkan. Aku menganggap ini adalah perjalanan hikmah yang Allah hadiahkan.
Perjalanan pahit dan pedih di awalnya
namun semakin akhir perjalanan aku disini kemanisan yang semakin terasa, Semoga
ukhuwah kami, semangat kami, Allah kekalkan dan tidak akan putus sampai bila-
bila,terima kasih yaAllah memberi pengalaman yang sangat berharga. Sememangnya
kepedihan aku simpan ini satu kemanisan rupanya. Perjalanan baru tidak ku
ketahui bila, namun aku harus hadapinya,. Kepada kumpulan kerja ku, kekalkan
semangat, corak kerja, bersatu padu dan kerja dengan ikhlas. Biar apa orang
pandang dan fikir, kerja yang sedikit tetapi ikhlas di sulami ukhuwah yang baik
antara satu sama lain itulah kemanisan kerja, pejabat seperti rumah
sendiri.Bersedialah menghadapi hari mendatang dengan tenang dan semangat. Aku melepaskan
nafas lega setelah mencoret kembali..luahan hati 6 tahun di sini.Doakan
perjalanan hikmah ku untuk perjalanan mendatang.. Amin. Tepat 4pg coretan ini.
Comments
Post a Comment