Catitan sesi hari pertama QA penuh ceria

QA

Catitan ku dahulu ingin menyambung master menjadi kenyataan ...@ my catitan di Journey master
hari pertama suami tersayang menghantarku hingga ke muka pintu pendaftaran. Selesai bersalaman dengan suami aku pun melangkah masuk dengan berdebar bertemu rakan rakan baru yang dari pelbagai latar belakang dan umur.Sejuk kelas kerana penghawa dingin dan hujan yang renyai renyai diluar.Dek sampai hampir jam 8.30 jadi tempat yang kosong hanya di meja belakang yang dicantum 6 meja.Perkenalan pertama dengan rakan baru iaitu ida daripada kementerian kesihatan,orangnya baik dan ceria.Taklimat pertama diberi oleh pegawai kemudian kami semua perlu mengisi ruangan web pengembangan pengetahuan itim(kalau tidak silap) di bilik komputer di aras bawah.Di situ aku disapa oleh rakan lelaki, rupanya rakan skuad pulapol 2006.Seronok kerana rakan sekerja turut mendapat peluang ini.Semoga Jabatan kami dapat melahirkan ramai graduan lagi dan kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik selepas melengkapkan diri dengan ilmu.Hari pertama memberi senyuman yang  segar sebab belum tahu apa cabarannya lagi.Hari pertama hanya sehingga sesi tengahari kemudian bersurai.Setelah bersurai aku dan rakan menjenguk Pustaka InTan dan aku meminjam 2 buah buku.Kemudian suami datang mengambil ku.Suami membawa aku melawat pejabatnya dan kemudian kami balik mengisi perut yang lapar.

Comments

Popular posts from this blog

English..i am sad! really! but not give up!

Childhood

Time Management