sarapan

Assalamualaikum dan selamat pagi!!
Hari ini suami teringin sarapan yang dimasak oleh isterinya tadaaa!! Sepanjang dua minggu kehidupan yang dilalui,penuh kesibukan maka lama sudah saya tidak  masak.Cuti hari ini insyaa Allah akan dimanfaatkan sebaik baik masa bersama keluarga.Sarapan roti dan telur untuk suami.Selera suami lebih kebaratan jadi sesuai untuk saya yang tidak pandai  masak.Semoga kehidupan kami diberkati Allah dengan limpah kasihnya.Putera comel sedang enak dibuai mimpi.Si adik di baby cot.si abang di katil yang tidor pelbagai gaya.Mama dah beri sarapan awal untuk mereka iaitu  susu..hehehe apalagi semakin nyenyak tidur.Teringat surah Ar rahman yang berbunyi  Fabiaii yi Alla irobbikuma tukazzibaan bermaksud maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ..Betapa bersyukur dan harus bersyukur pada nikmat Allah ini.Semoga hari ini dapat ku jalankan tugas sebagai isteri,ibu dan hamba Allah yang soleh.Epsa belum habis ku buat.Kursus QA surah semakin menjengah ke pelabuhan.Ya..akan ku kuatkan azam dan semangat untuk menceduk ilmu yang dicurahkan sebelum balik memberi perkhidmatan ku semula.Amin..syukur dan Salam Maulidur Rasul

Comments

Popular posts from this blog

English..i am sad! really! but not give up!

Childhood

Time Management