Rindu
Salam dinihari,
setelah agak lama menyepi dari menulis, ilham itu datang menerpa setelah kenangan bertandang dihati, siti merindui rakan kumpulan kerja siti yang banyak membantu siti sepanjang 7 tahun bersama, sembang tawa kami tersemat dihati ini, subhanallah alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi kasih sayang antara silaturahim kami. Perpisahan siti adalah ujian sejauh mana pertalian kami, tanpa siti duga,siti merindui mereka, disaat siti menulis ini kenangan terus berputar.
Melihat kembali rakam video yang ada, siti dapat lihat wajah mereka berlinang air mata, terharu datang menerpa, sungguh siti tidak lansung mengalirkan air mata, kerana siti tidak mahu mereka bersedih, kerana siti mahu mereka tidak merasai perpisahan itu.
kumpulan kerja siti hanyalah bilangan yang kecil, jauh dari staff yang lain, tidak berjumpa dengan staff yang lain kerana shiff adalah rutin di situ, 24 jam berjaga, membuatkan siti terfikir mahu menjadikan ruang pejabat adalah ruang rumah mereka. Alhamdulillah, kelihatan sepanjang bersama, pejabat itu terasa seperti rumah.Hubungan antara mereka dek adik beradik, susah senang tawa nangis bersama, sakit seorang, seorang lagi akan terasa, dek kerana jadual yang saling memerlukan.
Banyak siti belajar disitu, dari kesedihan, terasa dibuang, rupanya Allah temukan siti dengan mereka yang banyak mengajar siti.
Syukur,
kenangan membentuk siapa kita pada hari ini,
sekian nukilan dinihari
Comments
Post a Comment