Anak gembira di kampung

Aliff yang comel semakin pandai mengungkap kata katavyang jelas, seperti umar katne, dalam, mama work,abah work,atuk, acik, umar bek (buat)  Ya Allah comel! ciptaan  mu ...Syukur ....... dan Umar kelihatan amat gembira sepanjang di kampung, keletahnya pot pet potpet, sentiasa mencuit hati dan menggeramkan kadangkala, ramah dan mesra kdgkala ada sifat notty pada chaq dan acik. Atuk pula bertegas dalam kelembutan kerana umar perlu ada orang yang dia takut. Dia suka mengusik, dan membelai kucing. Anak anak seronok meneroka alam, bermain taman, menemani mama, acik keluar,  dan juga naik notty nye umar mengganggu atuk hahhaha, dengan soalan, lompatan dan nak makan!! betapa perasaan gembira dan 'selamat' itu memberi impak yang ketara, wajah kegembiraan kanak kanak yang aku kecapi dahulu terpapar jelas diwajah mereka, tiada perasaan cuak bangun tidor kerana perlu berada di taska, tiada perasaan memberontak kerana rutin masa ke daycare ke sekolah, kemudian daycare semula, rutin yang sama dan makanan yang dimakan adalah makanan yang dibeli lebihbdari dimasak atas waktu terbatas, berada dengan ibu hanya di kala pagi yg sebentar cuma setelah terjaga tidur...mereka mencipta memori ditempat asing yang memaksa perasaan mereka menerima persekitaran itu, aku sedih...rutin sebagai anak.bandar, anak ibu bapa bekerja, dalm kemewahan ada kekurangan, dalam kesempitan mewah asih sayang itulah pada pemerhatianku namun, dengn peluang yang ada pada masa sekarang, rutin sebagai anak kampung harus dimanfaat secara syukur pada setiap detik kerana Allah memberi rezeki ini.Jangan mengeloh dengan perjalanan hidup syukur dan ambil peluang yang ada, ini tintaku...

Duhai anakku hayatilah memori ini yang bakal tersimpan kemas dalam ingatan kalian, syukurlah, mama sentiasa akan cuba mencipta memori memori indah pada kalian, dengan doa memohon bantuan Allah,Bulan hadapan mama memulakan pelajaran, perjuangan ilmu, semoga kalian memberi semangat kepada mama, sekiranya kurang jagaan mama pada kalian mama akan berusaha untuk menempatkan kalian di kampung sementara mama menyiapkan tugasan...biarlah pelajaran  beryuran mahal terbuang seketika apalah nilainya sangat jika dibandingkan dengan kasih sayang yg dicurah dari atuk dan.chaq,paklang ammi dan achik serta saudara kampung yang acap kali gembira dan dtg berziarah sekiranya mendengar kedatangan kalian, mereka sentiasa menerima kalian dengan penuh ramah dan hati ikhlas kepada kalian.Syukurlah anak anak mama yang hebat, kalian punyai silaturahim yang mungkin anak anak lain tidak dapat mengecapinya.. Mama amat gembira dan mama sedang mengumpul kekuatan mama untuk menempuh perjuangan ilmu ini...memperhalusi .dengan itqan.  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....Keluarga adalah kekuatan mama. abah kalian penyokong mama,Ibu bapa, adik beradik adalah kekuatan dan antibodi vitamin mama, kunjungan kerap akan mengikat ukhuwah semoga keluarga ku.sentiasa dalam lindungan Allah . Amin....air mataku bergenang tanda syukur.

Comments

Popular posts from this blog

English..i am sad! really! but not give up!

Childhood

Time Management