MAK cahaya yang memayungi
Nur..itu cahaya
Ya, cahaya yang menerangi, dan memayungi, keluarga,
itulah ibuku tercinta, NORMA..
Mak, seorang wanita tua berusia 54 tahun, tabah,tenang,
cekal dan lemah lembut perwatakannya, tidak tahu erti penat, menguruskan
rumahtangganya, dan mak amat pemurah
membantu saudara yang kesusahan,
Mak, cahaya yang memayungi.....
Menyokong, setiap cita cita anak anaknya., hinggakan emak
bersemangat bermusafir ke kl, demi menyokong, memecah keringat menguli,
menggoreng maruku demi membantu anak anak nya yang ingin belajar berniaga..terutama
anak sulungnya ‘KAKYONG’ atau Kakak panggilan mesra emak kepadanya..Resepi yang
diadun bersama allahyarham Cikyah, hampir 15 tahun yang lalu, membuahkan hasil,
ramai yang menyatakan maruku cikma, sedap dan lain rasanya dari rasa maruku
atau lebih tepat dipanggil Murukku yang lain. Itulah resepi kasih
sayang......rahsianya adalah ikhlas, dan resepi yg memberikan sentuhan kenangan
persahabatan yang mendalam dan meninggalkan episod kenangan bersama
sahabatnya....
Selama seminggu mak, berkampung di KL, melayan karenah
cucu, dan anak anaknya..kelihatan mak gembira, dan bercita cita ingin membantu
sekali lagi, dengan resepi yang ingin diterokainya, Pisang Goreng Cheese....Yg
telah emak merisik rahsia resepi dari kakak gerai sebelah. The Sister’s adalah
gerai kami, dan Karnival yg pertama dalam episod percubaan perniagaan kami secara
berkumpulan bersama rakan kenalan. Mahaya dan saudaranya..
Sepanjang program karnival berlansung, emak sentiasa
menemani ku memandu walaupun dia tahu aku tidak betah memandu sekitar Shah
Alam, sepanjang bersama emak, pelbagai cerita menghiasi perbualan kami, kisah
yang sentiasa emak putarkan semula adalah kisah zaman kecilnya, sememangnya mak
sentiasa mengulangi episod jerih zaman kecilnya membuatkan hati aku tersentuh
dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang, aku faham Emak mahu
meluahkan rasa, emak mahu berbual, sebagai anak, mendengar kisahnya sudah
membuatkan dia gembira..Kisah jerih mak sewaktu kecil, telah menjadikan siapa
diri emak pada hari ini, dan kesabarannya itu semoga diberkati Allah,
dimurahkan rezeki kesihatan dan terus menjadikan emak sebagai cahaya kami yang
sentiasa menyinari dan memayungi keluarganya...
Pesan emak, jujurlah dalam meniaga, sentiasa alunkanlah
ayat suci Alquran dirumah, disiplinkan anak anak,dan jaga tuturkata dan
hormatilah berkata kata dengan orang yang lebih tua...Tika Malam, kaki mak
lenguh, pinggang mak sakit, namun mak tidak akan tidur selagi mak melihat aku
sedang melipat kain, tangan mak pantas menyiapkan lipatan baju, emak seorang
yang rajin, Hari ini, adikku dan aku membawa emak bersiar dan mengisi masa kami
dengan makan dan berbual di Fish Manhattan Setia City Mall, mak gembira, dan
kelihatan, menikmati hidangan disamping, memberi idea idea perniagaan akan
datang, seperti, ingin membantu kakak menyiapkan 100 stok maruku sekali lagi,
pada masa akan datang sekiranya tempahan meningkat sekali lagi, mak juga ingin
mencuba resepi pisang goreng Cheese, memesan untuk kami menambah perkakasan
kuali dan tong gas untuk berniaga, di samping membeli meja lipat yang mudah
diurus,Emak kelihatan bersemangat untuk berniaga,...
Pada hari ini emak turut menemaniku untuk menyelesaikan
urusan ku di pejabat pos, walau masa suntuk pada hari ini, namun bagi mak,
membantu anaknya adalah perkara utama, emak mengajak adikku untuk menghantar
aku ke sana, sekali lagi emak mencari pakaian untuk adek bongsu kami, emak
memilih dengan cermat, aku memerhati gerak geri emak..emak seorang yang amat
penyayang, dan bermurah hati, sentiasa memikirkan dan mendahulukan orang lain
dan juga anak anaknya. Baju yang emak belikan pada dirinya hanyalah sepasang
baju yang hanya berharga 20.00.
Emak, tidak dapat aku menjadi sepertimu, seorang yang
cekal lagi tabah, namun aku bersyukur aku mendapat didikanmu, kasih sayangmu,
sentuhanmu dan mutiara nasihat darimu mak..
Doaku kepada emak, hanya satu iaitu kegembiraan dan
ketenangan yang sentiasa menghiasi hati dan wajahnya....Ya ALLAH semoga emak
sentiasa dilindungi Allah.
Coretan Kakngah.
7 mac 2016
Comments
Post a Comment