UJIAN BUAT DIRI KU APR 2016
UJIAN BUAT KU.....
Rutin aku setiap hari memerlukan aku memberi sesuatu input
kepada bos, dan juga taklimat global yang dibantu oleh pegawai seliaan ku,
namun sebagai ketua,aku turut perlu tahu mengenai input global, yang mana aku
turut perlu mencari bahan tersebut di waktu pagi sebelum ke pejabat. Pada masa
yang sama aku perlu membuat laporan tertentu
sebelum jam 4 petang. Entah kenapa, aku berasa berat, dan keliru, terasa seakan
masa menghambat diri ku setiap hari, kerana, aku perlu memerah otak untuk
mencari input dalam masa yang diberikan Kehidupan mula menjadi medan larian
setiap hari...seperti memasuki maze.. dimana aku perlu berlari mencari jalan –
jalan yang buntu.
Penat....
Aku penat kerana aku tidak memahami jalan ‘maze’ itu, aku
penat kerana aku tidak bersedia memasuki ‘medan larian’....itu.
Kesihatan pada awalnya, bulan demi bulan, aku diserang
panick attack.....
Kemudian, minggu demi minggu....dan akhirnya berlaku setiap
hari.........................
SAKIT.....
Aku mula mencari Dimana keamanan dan kedamaian serta
kegembiraan..tatkala..masuk medan larian yang dipenuhi jalan buntu, disusuli
ancaman kesihatan pada badan sendiri....terasa seperti aku semakin takut dengan
bayang – bayang ku sendiri
Aku mahu sihat,,,,aku mahu menjadi pelari yang baik..di
dalam ‘maze’ itu...
YA ALLAH....ujian ini telah menunjukkan betapa kerdilnya aku
sebagai hambamu, aku belum diberi ancaman dari musuh – musuh ALLAH, disakiti,
dizalimi....aku hanya....takut dengan ‘ketakutan yang aku cipta sendiri’ di
dalam medan larian ‘maze’ itu.........aku sedar aku perlu kuat dengan sifat
positif..
SYUKUR
Betapa pentingnya syukur dalam kehidupan...kerana keresahan
itu akan pergi,..dan ketakutan tidak akan datang...
JAHIL
Ya ALLAH....ujian ini menemukan aku dengan zikir....ujian
ini menemukan aku dengan matsurat ......
POSITIF
Aku positif mahu sembuh, aku positif aku boleh melakukan
larian ku dimedan ini, aku perlu lebih persediaan......semoga aku mampu
melakukannya..dan segalanya ikhlas kerana ALLAH.
YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI................AKU YAKIN
ENGKAU SENTIASA BERSAMAKU..
Comments
Post a Comment