Anakku Umar
Bismillahirohmanirohim,
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Refleksi daripada soalan
Umar,mengilhamkan diri ini untuk mencari jawapan kepada soalan –soalan daripada
anakku Umar. Kelihatan soalan dan
omelannya ringkas namun, ianya membawa seribu persoalan yang bukan mudah
untuk dijawab kepada anak kecil dan bagaimana untuk mengaitkannya dengan fakta
sains yang pastinya mempunyai hubung kait rapat dengan keagungan ciptaan ALLAH
s.w.t. Tatkala aku mengambilnya di taska,Umar seronok dan sambil ketawa Umar
katakan Mama badan kita ni penuh dengan sainskan mama...dalam badan kita ada
sains kan?
Aku menjawab Ye...dalam otak
cepat fikir, memanglah dalam badan kita ni ada sains iaitu bermulanya sel yang
kecil membentuk menjadi sistem yang
membolehkan badan berfungsi...( nasib ingat lagi pelajaran biologi...) tapi tak
tahu mcm mana nak menjawab, kenapa Umar cakap macam tu? Sebab magik mama...
Magik apa? Aku pelik, Umar lantas
menjawab ..sebab magik aliff ikut cakap Umar....OOOoo sebab tu, ha okey okey,
betul betul magik tu, sebab Alif lebih mendengar cakap Umar daripada Mama....kemudian
Sambil memandu aku masih
berfikir..betapa anak kecil ini teruja apabila katanya dipatuhi adiknya, dan
Umar sentiasa mencari jawapan- jawapan
bagi sesuatu pengalaman yang dialaminya
dengan bertanya dan mengaitkan dengan sains...
Antara soalan yang masih aku
ingat
Mama macam mana Manusia wujud...
Mama manusia dibuat daripada
apa.....
Mama selepas bumi ini hancur
wujud dunia baru kan mama....kita kat syurga kan mama...
Mama qadak dan Qadar tu apa.....
Alhamdulillah...anak kecil mama
sentiasa memerhati kejadian yang ALLAH ciptakan....dan berfikir..
Kebanyakan soalan yang tidak
dapat aku jawab ... telah dijawab ketika melewati surah Ar Rahman..yang mana ..menyebutkan
bermacam macam nikmat Allah yang dilimpahkan kepada hamba-hambanya iaitu dengan
menciptakan alam dengan segala yang ada padanya. Kemudian diterangkan
pembalasan akhirat,keadaan penghuni neraka dan keadaan penghuni syurga dan
diterangkan pula keadaan dalam syurga yang dijanjikan ALLAH kepada orang –orang
yang bertakwa....( petikan tafsir Al Quran dan terjemahannya) alhamdulillah...apabila
anak kecil mama bertanya, bukan bermaksud dia naif....tetapi teguran ALLAH
untuk mama kembali berfikir...dan mengingati betapa AL Quran sumber ilmu
pengetahuan dan sumber ilmu yang
membantu menjadi panduan kehidupan manusia.
Semoga anak mama terus berfikir
dan berfikir dan sentiasa ingat keagungan pencipta kita Allah s.w.t...
Nukilan ,
Mama Umar& Aliff
Comments
Post a Comment