Impian Ku buat ibu dan bapak

Mak.. Bapak... Tanpa iringan doa kalian aku tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini dalam menggapai impianku.  Redup pandangan mata bapa kelihatan terpaku melihat kakak dan aku berpakaian uniform sewaktu kami sedang bersiap untuk mengambil foto kenangan adik ketiga kami berpakaian konvo nya.  Aku perasan... Pandangan yang polos itu,  dalam hati ku... Gembira.. Kerna dapat melihat wajah syukur dan bangga bapak.  Tekaan ku tepat.  Berkali kali bapak meminta gambar uniform kami berdua di hantar ke aplikasi whatsApp nya.

Hari itu berlalu dengan gembira,  melihat bapak dan mak menjamu selera di restoran Arab dan cendol durian, aku tahu mereka gembira dalam syukur.  Anak anak ada bersama kesemuanya....

Saat mereka mahu pulang,  mak menyerahkan duit dalam genggaman ku.  Aku pandang mak..... Aku cakap mak..  Tp setakat itu sahaja... Aku tak dapat berkata untuk menolak kerna sememangnya aku tiada wang.  Mak seraya berkata.. Mak sedekah.... Polos wajah mak,  ikhlas suaranya.  .hatiku meruntun.. Kerna aku tahu mak berjimat untuk memberi duit padaku. 

Aku masih bertahan,  air mata dari keluar dari kelopak mataku.. Polis katakan.... Namun apabila bapak menghulurkan tangan... Aku salam mencium tangan bapak... Terus bapak memelukku dan berkata,  tolong sampaikan salam bapak pada Rasulullah s. a. w..... Aku sudah tidak mampu lagi.... Air mata aku mengalir.. Laju. 

Aku menyeka airmata.... Melambai bapak,  mak,  dan adik beradikku... Sebaik sahaja menutup pintu rumah... Kesedihan meruntun hati... Aku menangis teresak esak di hadapan Aliff,  Umar dan suamiku.  Aku sedih... Mengenangkan... Ibu bapaku... Mereka juga punya impian untuk ke sana....

Aku dapat melihatnya dari wajah dan suara mereka... Ya Allah  Engkau murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku.... Jemputlah mereka ke Rumah Mu... 

Di saat ini,  lagi  37 jam kami akan berlepas ke Madinah... Dan kemudiannya ke Mekah... Kota suci umat islam... Semoga Allah melindungi perjalanan penuh hikmah ini... Rahmatilah kami Ya Allah....

Comments

Popular posts from this blog

English..i am sad! really! but not give up!

Childhood

Time Management