Posts

burnout

http://www.mylivesignature.com/signatures/54491/335/FD18C00D57F5045A5E2192E993B637AF.png aku mahu menulis semula setelah agak lama aku menunggu masa untuk aku mencoret segala isi hati ku… tika ini aku membuka lagu asma Allah dari nyanyian sami yusuf,kerana inilah lagu yang menemani aku menulis sejak 2009.sungguh , aku tidak mempunyai tajuk, atau rangka, aku hanya menaip sahaja apa yang terbit dari fikiranku dan benakku. lelah.. aku berasa penat,bukan sahaja pada fizikal ku tetapi juga lelah pada emosi ku. sejak kebelakangan ini, aku perlu menyiapkan tugasan yang terlalu banyak melebihi. kapasiti kemampuanku.aku keliru memikirkan sepatutnya bos memahami aku mempunyai komitmen kerja yang sangat penat saban minggu. aku bersabar memikirkan tanggungjawab dan amanah ku kepada kerja,kulakukan sebaik mungkin,sehinggalah pada hari yang aku tidak tertanggung lagi, aku menangis semahu mahunya dihadapan suamiku selepas menghantar anak bersama ke taska. tergamam.. suami tidak tergamam…dia tahu iste...

Working in the silent midnight 220 days

Image
http://www.mylivesignature.com/signatures/54491/335/FD18C00D57F5045A5E2192E993B637AF.png   Since 220 days I was team up with 3 kluster,   working   in the middle of the night becomes a routine… And at the beginning I feel bad, struggle,and something that not good feeling because why me? Ya its really tiring Working every weekend and not sleep every Monday for almost 220 days.. But along the journey I found new things in me.. Solat in the middle of the night..even its just for isyaq prayer that I delay till early the morning.. I start to feel,the situation in the middle of the night.. Silence..just you..with the computers.. And why don’t I change..just me with Allah swt So, I began to feel that this ujian, is because Allah loves me, Allah want me to always pray, to always find my inner peace. And to grow to love myself more so that I can give extra to benefit others. After all the pain and tears,,,I found that   myself no more want any atte...

Senarai Barang di bawa Umrah 2017

Image
SENARAI PAKAIAN DAN BARANG YANG DIBAWA Beg A ( beg sling aku) Buku umrah/tafsir Spray Gunting Pampers anak Panty liner untuk wanita-belum beli simkad /roaming Beg B ( beg sling husben ) Buku umrah tak jumpa Spray Gunting ( aku letak Pink)  haha Pakaian kecik - Beg C kecik Bra 9psg Panties-10 psg Spenda husband - 6 Singlet husben-2 Singlet sendiri-1 Singlet zip -1 Anak tudung hitam/ snowcap -10 (bwk lebih takpe sbb benda selalu hilang @ missplace) Handsock - baby biru,  light brown, dark brown, grey,  4 Sarung kaki-hitam biji ,coklat biji 1, putih satu, hitam satu, 2 stokin pakai malam kalau sejuk Stokin tawaf -1 Beg D Kecik (pampers) Pampers 30 keping Sabun serbuk, berus,  *Ubat-ubatan* Penyidai bulat Belum beli panadol, ubat cirit-birit, ubat batuk, ubat selsema, minyak angin ,cool fever, ubat piss,  pre biotik, Beg E Kecik Pakaian ihram Beg F ( Baju aku)  Beg Besar Ubat shaklee kak baiti Tudung 9- putih,  purple, ke...

Breakfast Hari Kedua

Image
Anak anak bersiap seawal jam 0530 pagi dan kami bersarapan. Alhamdulillah pagi ni,  anak anak lebih behave sedikit.  Syukron.  Nikmat yang Allah bagi.... Ada orang lain datang ke Mekah dengan penuh kesusahan.Aku bersyukur... Syukur dan bersyukur.. Ampuni aku Ya Allah andai... Aku terlupa... Terleka.... Selesai bersarapan,  anak anak naik ke hotel untuk bersiap memakai ihram.  Umar dan adam akan berihram... Alhamdulilah... Pagi td menjamah nugget,  waffle,  kekacang dan telur.

Hari Keempat Umrah ke 3

Image
Anak anak excited nak naik bas hari ni. Selepas 4 hari, baru hari ni dapat peluang keluar...

Kaabah hari kedua

Image
Isnin Hari Kedua di Bumi Anbiyaa' Hari ni hasrat dihati nak tunjukkan kepada anak anak Kaabah... Semoga mereka ingat dalam ingatan dan mendapat keberkatan dari Allah s. w. t.

quarantined

Image
A ssalammualaikum Ladies,  QUARANTINE I HAVE BEEN QUARANTINED FOR THE PAST FEW DAYS… THERE ARE A LOTS HIKMAH THAT I FEEL.. SOLAT TAHAJUD READING WATCHING K DRAMA COOKING SIMPLE DISH AND.. SLEEP ..THATS IS SOMETHING THAT I REALLY REALLY WANT ALL THIS TIME.. ALHAMDULILLAH I BEGAN TO USE DIGITAL TASBIH AND COUNTING MY SELAWAT TOO RECITE YAASIN, AL KAHFI , MY DAILY 10 VERSES   SURAH   AT TAUBAH, AND INSYAA ALLAH ALMULK. READ 1 PAGE THAN 2 PAGE A RANDOM PICK BOOK.. AND WRITING..BACK.. SO,   NOW   ITS ALMOST 5 DAYS I HAVE BEEN QUARANTINED SO, I START TO THINK    … WHAT NEXT? *HUGS* *PLAY WITH THEM MY KIDS* *COMMUNICATE* TIMES IS PRICELESS…TOUCH ALSO PRICELESS NOWDAYS YOU MAYBE   CAN HUG YOUR DAUGHTER TODAY BUT MAYBE TOMORROW YOU CANT.. SO… WHAT HAS HAPPENS HAS THOUGHT ME THAT, I MUST ALWAYS ALWAYS SIEZE THE TIME..WITH PEOPLE SURROUNDED ME,BE GOOD, BE POSITIVE..BE GRATEFUL EVEN TOXIC WORKPLACE SOMETIMES WOULD MAKES YOU DOWN BUT SOMETIMES IT CAN PULL YOU...

Gigihnya Engkau ...insan bernama Norma

Image
Melihat gerak langkah mu, aku sedih, engkau gigih datang melawat anak anakmu....kudrat mu semakin lemah,kedut tangan mu dan genggaman semakin lemah...aku bimbang..melihatnya.. kerna aku tahu....hatinya sudah retak berderai....aku menyelami bait kata emak....ayat disusun satu persatu..mengingatkan bahawa dia akan mati suatu hari nanti....aku kaget, aku tidak mahu mendengarnya....kalau boleh...aku pohon ya Allah...Engkau panjanglah umur ibuku ini ya Allah.... sinar wajah tua emak terpancar keikhlasannya yang mahukan terbaik untuk anak anaknya.... Namun...di sudut yang jauh...aku dapat rasakan....kesedihan yang mendalam didalam hati emak... Emak kata...emak rasa.bergetar badan tak dapat.tidor.memikirkan masa hadapan adik adik ku Emak juga kata....emak terlalu sedih dengan berita ini dan kejutan perbuatan anak lelaki kepadanya... Maaf.seorang ibu sememangnya pasti kepada anaknya...aku tau...tetapi...aku sedih...aku renung mak...aku kuncup dahi emak selepas solat.....hari ini.... Dal...

Kerinduan Mekah

Image
Alhamdulillah, selesai bacaan Al Quran pada hari ini... Harumnya tafsirku dengan wangian Mekah yang aku calitkan. Syukur aku dapat membaca Al Quran di waktu senggang bekerja. Semoga aku dapat membudayakan apa yang dipelajari di Mekah 🍃 membaca Al Quran 🍃 menyebar salam 🍃 bersedekah 🍃 Berzikir Semoga aku dapat melaksanakan budaya membaca Surah Yaasin di pejabat ku nanti agar ukhuwah kami diliputi keikhlasan dan tautan hubungan yang erat kerana Allah. 💓 Aku rindukan  Kaabah... Dan masjidilHaram.. Wangian dan suasana ibadah.. 🕋

Kewangan berkurang

Hikmah menghadapi masalah kewangan. 🍃 prihatin kepada orang memerlukan(sedekah) 🍃 Adab memberi hutang atau menuntut hutang(jaga tutur kata) 🍃 Hikmah nya kita tidak boleh sama kan status kewangan dengan cara hidup orang (Don't Judge) 🍃 Syukur

Solat di masjidil Haram

Image
Pada Hari pertama kami selesai melaksanakan tawaf atau umrah wajib,  kemudian kami melaksanakan maghrib dan isyak... Hasrat dihati ingin solat berhadapan Kaabah Alhamdulillah...Dari celahan tiang aku dapat melihat Kaabah.. tersergam indah dibawah cahaya lampu. 

Umrah tawaf

Image
Kami selesai berniat di Miqat selepas 15 minit dari Bir Ali, perjalanan  ke Kota Mekah menaiki bas. Sampai sahaja di Hilton Mekah,  saat itu perasaan teruja berdebar debar, dihati.  Aku merenung setiap inci senibina di kota Mekah ini menghirup udara kota suci ini... Tak dapat digambarkan... Getar debaran yang ada,  kerana tahu Kaabah  sangat hampir disini... Anak anak keletihan turun dari bas,  melepek masing masing di katil hadapan hotel. Pekerja hotel  di situ,  pesan jangan angkat beg, biarkan bersusun,  selesai dapat nombor bilik dia angkat semua beg. Geng wanita satu bilik,  geng lelaki ditempatkan dibilik berhadapan kami.  Cepat  cepat kami   bersiap untuk turun menuju Kaabah.  Aku cepat cepat  menukar pakaian ihram yang berwarna putih.  Turun sahaja di lobi,  mutawwif memberi penerangan kepada semua jemaah.  Dan kami bergerak berkumpulan.  Pandangan pertama kami adalah Masjidilha...

Penerbangan pertamaku ke Madinah

Image
Saat ini kapal bergoyang kerana melalui hujan dan awan,  aku kaget seketika, namun cuba membuang perasaan takut tu jauh jauh.... Aku makan Glico untuk hilangkan resah.. Aku pandang wajah anak anak kecil.... Aliff, Umar,  sarah dan Daniyal... Mana yang berdekatan ku...   Penerbangan kami MH8210 11 Nov 2017 KUL -MED  departure  jam 1300 petang.  Saat ini kapal terbang masih lagi ke arah menaik dan belum mencapai tahap kestabilan lagi.... Akhirnya.... Alhamdulillah.. Sekarang sudah pukul 1703 waktu Malaysia,  keadaan semakin stabil dari cuaca yang tidak berapa baik.  Hati ini hanya terus berdoa meminta kemudahan dari Allah s. w. t.... Anak anak asyik dengan boboy.mereka tidak tahu apa apa hanya seronok. Bestkan jadi budak.   Aliff tidor agak lama tadi,  dan hanya menjamah kacang,  dia tidak mahu nasi.Suami memanggilku.... Sayang lagi 8 jam... Dia tahu aku sedikit gusar. Aku ingin isi masa ku dengan memikirkan doa yang dik...

Umrah 2017 Ucapan

Image
Doa dibaca Rasulullah S. A. W ketika bermusafir Ya Allah,  kami memohon agar musafir kami ini penuh kebajikan dan taqwa, sedang semua amalan kami Engkau Redha. Ya Allah,  permudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami.  Ya Allah!  Engkau teman di dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan keluarga,  harta benda,  anak cucu dan sahabat handai,  peliharalah kami dari gangguan perjalanan dan buruk pandangan terhadap harta,  keluarga dan anak - anak.  Dengan ini,  saya dan suami memohon diampunkan segala kesalahan dan kesilapan kami dari sahabat semua yang mengenali kami,  agar perjalanan ibadah ini diberkati dan dirahmati.  Kami akan berangkat ke Tanah suci Mekah, pada hari ini,  Insyaa Allah,  untuk menunaikan umrah buat pertama  kalinya dalam kehidupan kami bersama keluarga besar kami, ibu dan bapa serta anak -anak. Doakan lah kami,...